Sunday, December 31, 2006

Selamat Hari Raya AidulAdha...

Pukul 12 tgh malam aku bertolak balik dari KL.. sampai Ipoh pukul 3.30 pagi.. mula2 ikut highway sampai Tanjung Malim keluar ikut jalan biasa... berenti makan kejap kat tempat hentian bas ekspress.. pukul 1.30 teruskan perjalanan balik.. sampai Gopeng masuk highway balik.. dia lebih suka ikut jalan biasa dari highway.. kalu aku balik aku belasah je highway terus tu yang dia bising gan aku.. dia ckp awak nie tak geti nak berjimat.. byk duit gamaknya nak bayar tol.. betul gak kata dia... tapi aku kalu ikut jalan biasa nie mmg lemah sikit la.. walopun jalan biasa dah lebar cam highway gak tapi aku tak baper suker sangat... bukan apa rasa lambat sampai.. kalu highway tu kejap je dah takyah nak berenti kat simpang la.. trafik light la.. leceh arr... Sampai Ipoh terus rumah mak dia.. tido sana...

Pagi Ma call.. tanya aku balik ke tak.. mmg memula aku bagitau dia aku tak jadi balik kg.. tapi sebelum bertolak semalam aku ada sms dia.. maybe dia tak baca kot sbb dah lewat aku anto.. dah tido la ko time tu...

Macam biasa la kalu korban kat kg nie.. tapi tahun nie tak banyak kerbau tumbang... cuma 4 ekor je pastu sekor kambing.. biasanya adik ipar aku.. abang aku gan laki aku mmg gi tolong org menyembelih.. biasa la.. ada la habuan derang bawak balik.. apa lagi kalu tak kaki gan perut.. tiap2 tahun camtu.. Dalam pukul 12 derang dah siap menyembelih.. pastu kita org anak beranak mak semua gotong royong la ramai2 wat kerje... kebetulan tahun nie abg din raya di sini... dah seminggu derang kat kg.. cuti panjang sempat derang gi bercuti kat Cameron Highland gan Sham.. Dia nie lagi sorang.. abang aku kat Kem Mindef tu.. aku plan nak raya kat rumah dia...tuptup dia awal2 lagi dah balik kg.. hampeh tul.. takkan aku nak raya sensorang kat cini kot.. kakak aku sorang lagi tu tak balik gak.. derang mmg taknah balik pun kalu raya aji nie..

Biasanya hari raya aji memang tak semeriah raya puasa... takde juadah istimewa pun... kita org cuma berkumpul kat rumah je.. aku biasa la berulang alik rumah mak gan rumah mertua aku je.. (nasib la dekat)

SAAT CINTA BERSEMI


BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... kehidupannya terus dirundung malang.

Syamir... walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Nur Dhuha... didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak.

Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Benarlah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan-lahan cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan. Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah harapan untuk Nur Dhuha mengecap bahagia?

Cinta Tiada Akhirnya


Rentetan Perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam 'Cinta....Tiada Akhirnya.

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah.....CINTA .....TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.

Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, CINTA....TIADA AKHIRNYA, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.

*****************

Sambungan Ombak Rindu dari Fauziah Ashari.. cerita nie memang best .. pergolakan rumah tangga Izzah. Kemunculan semula Pakcik Taha dalam kehidupan Izzah.. tapi cerita nie happy ending.. biasa la kan..

Novel nie adalah koleksi adik aku.. so aku pinjam dia punya je..

Izinkan Kubahagia


Cerita dalam novel beliau ini sememangnya menarik. Setiap manusia mencari cinta dalam hidup mereka. Tapi, rupa-rupanya, cinta sahaja tidak cukup kalau tiada bahagia. Begitulah episod duka yang dilalui oleh Soraya, Nadya dan Zafir.

Soraya kecewa dalam perkahwinannya. Kehadiran Zafir ibarat peluang baginya menyandarkan harapan. Sedangkan sepuluh tahun dahulu, dia pernah menolak impian pemuda itu.

Nadya pula ingin bahagia di samping Zafir. Tiga tahun mereka bertunang, namun hasrat untuk diijabkabulkan sering tertangguh. Kisah cinta mereka seperti langit, kadangkala cerah, mendung dan cerah kembali.


Novel nie baru beli november lepas.. best gak jalan ceritanya..

Saturday, December 30, 2006

Balik kampong... ooo balik kampong....

Emm.. dapat gak beraya kat kampong raya nie... tadi aku ponteng keje sebab gi amik darah.. bukan lama pun kejap je aku kat sepital tapi saja malas nak masuk lagi pun hari nie separuh ari.. rugi duit minyak je kalu aku ulang alik.. Laki aku memang tak kerja ari nie.. dia pun ari tu plan nak balik masa cuti krismas ari tu.. agaknya cuti tak dpt kot tu yg tak balik2 lagi.. malas aku nak tanya dia.. tadi dia keluar entah kemana aku pun tatau.. dia nie susah nak bawak bincang tu yg malas aku nak tanya.. tadi athirah ckp abah dia kata nak balik malam nanti tapi pukul berapa tatau lagi.. maybe isnin balik sini balik...

Tuesday, December 26, 2006

Mat rempit...


Kecik2 dah pandai merempit... apa nk jadi gan budak2 sekarang nie...

Friday, December 22, 2006

Check-Up

Hari nie aku pegi buat check-up lagi selepas 6 bln lepas.. keadaan cyst aku masih tak berubah tetap macam 6 bln lalu 4.5cm x 4.5cm. Aku mintak pandangan doktor untuk buang cyst nie.. tapi kata doktor cyst aku masih kecik kalu nak dibuang.. kebiasaannya kalu ukuran 5.6cm baru digalakkan untuk buang. Kemudian aku mintak pandangan tentang kesuburan.. ada kemungkinan ke cyst ni punca aku susah nak mengandung.. tak kata doktor.. Memandangkan dah lebih setahun aku buat D&C ari tu so doktor suruh aku buat ujian kesuburan dan kemudian buat filoscop (spelling tak sure) untuk pengesahan dan berkemungkinan ada masalah tersumbat dlm rahim. Menurut doktor teropong dimasukkan dlm rahim kemudian nak pastikan ada benda yg menghalang dan mereka akan menyedut keluar kiranya ada.. kecut gak perut aku dengar.. kata doktor kena bius gak le.. so aku kena masuk wad gak.. mean 24/1/2007 nanti aku kena masuk hospital dan filoscop tu dibuat keesokan harinya... Manakala ujian kesuburan lak kena wat 2 hari selepas period dan 21 hari selepas period.. kalu ikut kiraan aku kalu 2 ari lepas period maknanya kena 31/12 nanti.. alamak ari raya aji ler... huwaaaaaaa takleh balik kg le aku nampaknya.. Kata nurse tu tadi.. tak kira kena ari apa sekali pun aku kena dtg gak wat ujian tu.. kalu tak kena tunggu period akan dtg.. adeh lambat lagi.. Nampak gayanya aku beraya sensorang le kat cni nanti... Suami gan anak aku nak balik kg esok.. sampai raye... lahai.. buhsannya aku... tapi aku plan nk dok rumah abg aku je weekend... tak bosan sgt... Aku lum citer lagi kat suami aku pasal nie.. Dulu dia selalu menyakat aku.. dia kata aku punya rahim tersumbat tu sbb susah mengandung.. betul la kot tu.. hehehe

Mimpi Indah...


Aku dapat jemputan pergi rombongan bersama Mawi ke destinasi yang aku sendiri pun tak pasti. Kami pegi naik bas yang disewa khas.. dalam perjalanan pergi ke destinasi tu tiba2 bas buat hal.. terpaksa digantikan dengan bas lain.. yang syoknya bas ganti tu hanya bas kilang je.. siot je... tapi takpe kami teruskan perjalanan... dalam bas aku sempat beramas mesra dengan Mawi cam orang berkasih.. hampeh je... siap berpegangan tangan lagi tu.. Mawi bawak 3 bodyguard. Aku sempat bercerita pada Mawi kisah Ina dan pembabitan aku dalam La-Nina, Mawi nampaknya berminat untuk mendengar lebih lanjut tentang kisah Ina... hahaha.. Tiba disebuah perhentian kami berenti berehat... lepas tu Mawi tak naik semula ke dlm bas untuk meneruskan perjalan.. aku rasa sedih pastu bertanya pada pakcik pemandu tu kemana Mawi gi.. kata pakcik driver tu Mawi takleh turut serta sebab ada gossip tentang dia keluar di sokabar.. aku rasa frust sebab tak sempat nak mintak no tepon Mawi.. ceh lupe la plak.. tiba2 kringgg...kringgg...kringgg talipon bunyi.. aku terjaga.. lor mimpi ghupernya aku.. ish apa kejadahnya Mawi lak yang aku mimpi.. aku bukan suka dia pun... cehhhhhh

Wednesday, December 20, 2006

Fikir Atas Ilmu, Iman, dan Amal

Abu Qatadah ra. menceritakan bahawa RasulAllah SAW bersabda; Allah SWT berfirman, Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi ummatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu, barangsiapa mengerjakan solatnya pada ketika masuk waktunya, maka dia akan dimasukkan kedalam syurga. Ummatmu yang tidak menjaga solatnya tidaklah temasuk dalam perjanjian ini.


Keterangan

Adalah diriwayatkan didalam sepotong hadis lagi bahawa Allah SWT telah mewajibkan sembahyang lima waktu dan barangsiapa menjaga solatnya dengan berwudhuk dengan sempurna dan sembahyang pada ketika masuk waktunya dengan ikhlas dan khusyuk, Allah SWT menjamin, iaitu dia akan memasuki syurga. Barangsiapa yang tidak menjaga solatnya maka tidaklah ada jamininan ini baginya, dia mungkin diampun ataupun tidak.

Sesungguhnya solat adalah satu ibadat yang tidak ternilai harganya. Ia memberikan kepada kita peluang mendapat jaminan Allah SWT memasuki syurgaNya. Kita merasa puas hati dan gembira apabila seseorang yang terhormat lagi kaya atau mempunyai kuasa pemerintah memberikan jaminan kepada kita untuk mendapat sesuatu dari keperluan duniawi ini dan kita menganggapnya sebagai tugas kitalah supya kekal mentaatinya. Disini, Allah SWT memberikan jaminanNya untuk kebahagiaan kekal abadi sesudah mati kerana bersembahyang lima kali sehari semalam yang tidak mengambil masa lama manapun. Kalau dengan inipun kita tidak mahu menerima peluang ini, maka diri kita sendirilah yang seharusnya dipersalahkan bagi menerima siksa yang akan menunggu kita.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------

Dipetik daripada Kitab Fadhaile Amal Karangan Maulana Zakariya, Bab Fadhilat Solat.

Alhamdulillah, mudah-mudahan apa yang telah kita ketahui, dapatlah kiranya kita ambil iktibar, kita amalkan, dan Insya Allah kita sampaikan pula kepada saudara-saudara kita yang lain. Mudah-mudahan, Allah S.W.T memandang usaha kita yang sedikit ini dengan penuh Rahmah dan hasbab daripada itu mudah-mudahan Allah S.W.T mencampakkan perasaan cinta pada agama dalam hati kita dan kita menjadi orang yang mengamalkan agama dalam kehidupan kita.

Tuesday, December 19, 2006

Inai


Entah kenapa sekarang suke benor aku berinai... seronok lak.. bila abis je aku tempek balik.. ari tu masa anak buah aku ade, aku suruh je dia buatkan.. hat nie aku buat sendiri.. ni dah kali keberapa pun aku tatau... biasa le selagi tak abih inai tu.. selagi tu aku pakai..

Monday, December 18, 2006

Dah takde keje ke..?????


hahahaha nie ler keje aku kalu boring kat opis.. amik gambo sendiri..

Sunday, December 17, 2006

Jalan2 Cari Makan


Tadi aku anto si seha bali kg.. dah sebulan dia kat rumah aku hehehe.. seronok gak dia ada kat cni bleh gak dia melayan si athirah tu.. Pastu lepak kat times square jap.. adeh punya ler jauh laki aku bawak aku menapak dari Petaling street ke TS tu.. rasa nak tercabut kaki aku... Mane ler aku tau dia nak ajak ke sana... Si Athirah tu mau aje kalu ajak berjalan tapi bukan nak lelama.. rasa jemu atau apa yg dia nk tak dapat mula ler ajak balik. Sempat lak aku amik gambo dia kat sane..

Wednesday, December 13, 2006

Terima Kasih Segalanya


Abang…

Terima kasih ku ucapkan buatmu kerana sudi menyayangi diriku.
Aku sentiasa berdoa agar kita dapat bersama dan kesetiaanmu amatlah kuharapkan.
Moga kau tidak mensia-siakan cinta dan kasih yang kucurahkan padamu selama ini.

Abang…

Aku bersyukur pada Tuhan Yang Maha Esa kerana telah mempertemukan kita.
Moga hubungan in mendapat rahmat dan petunjuk dari-Nya untuk hidup bahagia.

Abang…

Dunia ini kurasakan amat indah di saat berada di sampingmu.
Dan biar apapun yang terjadi,
aku rela menempuhnya asalkan kau tahu menghargai tiap pengorbanan yang telah kuberikan padamu.


Abang…

Sewaktu kau berduka,
aku ada disisi menemanimu.
Sewaktu kau gembira,
kuharap diri ini tidak akan kau lupakan.
Kaulah segalanya bagiku.

Abang…

Tiada lain yang kupinta melainkan dari kesetiaan, kejujuran dan kasih sayangmu.
Moga kau takkan memungkiri segala apa yang telah kau lafazkan padaku.

Salam sayang…..

Tuesday, December 12, 2006

Anakku...


Sibuk je budak nie... orang nk masuk gambor dia pun nak masukkan gambor dia..

Monday, December 11, 2006

Yeah..yeahhhh cuti....


Hari nie cuti sempena hari jadi sultan selangor... ronda gi KL.. sehari suntuk meronda.. bukan dok beli mende pun.. saja jejalan je.. pegi Sogo ada sales... pastu gi komplek pertama... pastu gi jln masjid india.. abang beli kan handbeg.. apa da orang tak mau paksa gak suruh beli.. si seha berbulu je.. apa tah paklang nie org tak mau suruh beli gak... seha ni pun satu org dah offer belasah je.. Athirah lak kalu jalan bukan nak lelama.. dia dapat makan KFC je mesti nak ajak balik punya.. bering betul rasanya... si abah lak ikut je.. kalu anak kata balik.. balik ler dia.. Petang hujan lebat giler.. Peliknya rasa KL nie memanjang ramai orang.. tak keje ke derang nie semua. Emm balik singgah kat pasar malam, lepak gan mak noi.. makan satay free.. malam baru balik rumah.. letih giler.. laki aku terus tido.. amik ko.. selalu dia ngata aku bile jalan je balik mesti lembik.. tup..tup dia yang lembik hahaha...

Sunday, December 10, 2006

Selamat Hari Jadi Anis & Athikah

Arrgghhhh... pepagi lagi anak buah aku datang kaco tido.. dia panggil suruh datang rumah sebab mama dia ajak tolong memasak.. kaco jelah orang nak tido lama sikit pun tak boleh hari minggu nie.. Lepas kemas rumah buat sarapan untuk somi aku.. aku tunggu anak aku balik dari mengaji terus pergi rumah dia.. tak banyak juadah dia masak... aku memang nak buat spegetti daging untuk derang.. aku masak kat rumah dia je... alamak lupe lak aku nak amik gambar spegetti yg aku masak gan karipap yg aku buat tu..
Ni birthday girl.. nama dia Alissa Hanis baru nak masuk 5 tahun.. anak ke5 kakak aku.. Akceli hari jadi nie dia buat serantak dengan kakak dia Atikah... Hari jadi anis semalam 8hb, Atikah pulak 28hb nie.. alang2 buat sekali je.
Athirah, Anis dan Aina...

Saturday, December 9, 2006

JomHeboh

Hari nie aku balik awal dari opis.. huh kena klentong bos aku.. aku ckp ada hal kat rumah padahal anak buah aku ajak gi jomheboh kat shah alam.. hahhaha sesekali apa salahnya...
Ramai giler orang. Pelik betui aku tiap kali TV3 buat jomheboh sambutan dia hangat.. entah apa yg best pun tatau ler.. mungkin derang nak tgh artis dan selebriti kot... Emm masa kat sana sempat gak tgk beberapa org artis tapi takleh nak amik gambar derang org ramai giler.. tak koser aku nak mencelah bawah ketiak org hanya sebab nak amik gambar derang, yang aku dpt beberapa keping je selebriti yg aku terserempak kat boat yg tak ramai orang... Aku guna hp je amik.. bawak kamera tapi takde bateri lak..
Seha & Atikah dengan Kamarul hahha.. masa aku jumpa dia nie aku jenuh nak mengingati nama dia aku cam dia sebab dia pernah keluar kat Majalah 3.. masa tu aku tengok dia tengah bersembang aku tenung dia sebab nak ingat nama dia.. dia tengok senyum je kat kira orang.. pastu aku terus gi kat dia aku ckp nak amik gambar.. dia kata boleh.. hahaha pastu aku tanya dia apa nama ek.. kenal tapi lupa nama sapa.. dia dengan ramah ckp Kamarul dulu kat majalah 3 sekarang dah kat Remaja... Aku tengok dia nie cam lembut sikit cara dia bercakap tu.. hahhaha
Faizal Ismail aka FBI.. spoting gak FBI, masa aku lalu kat gerai hot.fm dia dok layan peminat kat depan gerai tu hehehe.. dia perasan aku nak amik gambar dia terus dia kasi respon.. not bad.. dia ajak anak buah aku amik gambar sekali tapi derang tak mau so aku amik gambar dia sensorang jelah..


Si debab Adruce dalam rancangan mende tah tiap petang kat TV9 tu.. Gambar nie aku sempat cilot dari belakang.. hahaha nasib baik dia spoting bagi pose maut dia... masa tu ramai gak org dok amik gambar gan dia, aku selamba je amik dari belakang..
Hahaha.. anak buah aku Atikah gan Seha.. geli geleman derang bergambor gan sibaduk nie.

Seha dan baduk...

Oppsss....

Mata tak mengantuk lagi rupanya.. baik aku sambung kemas2 rumah nie.. oh ya.. sebelum nie aku dok lepak kat blog Yahoo 360 tu tapi dah jemu lak rasanya... teringin pulak nak pindah tempat baru. Dulu aku dah pernah create kat sini tapi dah lupe apa link dia, terpaksa la aku bukak baru.. emm.. tak kisah ler... hat lama tu pun aku tak penah up date pun... Sayang jugak rasanya nak tinggal rumah tu.. banyak puisi2 yg menarik kat dalam tu.. tengok la nenanti kalu aku free aku sumbat ke sini..

Holla...


saja je nak testing...
sebenarnya tension ari nie... petang tadi tengah sibuk buat tender tetiba black-out.. ya bedabedu.. terus cabut la apa tunggu lagi.. lagi pun lagi 15min dah nak pukul 5. Lepas balik gi ronda2 kat Jaya Jusco gan anak buah aku. Not bad.. banyak jugak aku shopping... balik dah dekat pukul 8. hehhee tadi sempat gak aku beli novel kat popular 5 buah.. dah lama tak beli sebenarnya.. kali terakhir aku beli masa kat ipoh ari tu rasanya.. tu pun tak abis lagi aku baca. yang adik aku punya pun ada lagi 3 buah novel.. hahaha tamaknya aku.. bukan apa sebenarnya aku suka kumpul novel.. bila balik kg aku kasi anak buah gan adik aku pinjam.. kalu derang ada buku best aku pinjam derang punya lak... hahahaha...

Opss sakit lak pinggang aku nie... baru lepas siap buat tender... hampeh betui la.. bos aku nie memang tau.. suke wat last minit.. yang jadi mangsa aku ler.. siot je.. tapi takpe dah kerja aku apa leh wat... kalu tak kerna due date selasa nie tak kose aku nak bawak balik wat kat rumah baik aku ZZZzzzzzzzz lagi bagus...

Friday, December 8, 2006

Kalau Ada Cinta...



Kalau ada cinta…

Mengapa harus kau membenci

Sedang aku ingin memberi

Sebuah kasih suci

Untukmu permata hati

Kalau ada cinta…

Mengapa harus kau ragui

Sedangkan aku merindui nian saban hari

Belaian asmara sejati

Dari seorang manusia bergelar kekasih

Kalau ada cinta..

Jangan kau jauhi

Sedangkan aku ingin mendekati

Menawan seluruh sanubari

Saat hatiku kau bawa lari

Kalau ada cinta…

Ingin aku berkongsi

Biar senada getar hati

Biar seiring citra jiwa dalam diri

Kerana dirimu kini kucintai…

Friday, December 1, 2006

Alahai....Wakakaka

Rindunya rasa hampir 2 bulan tak muncul dialam siber nie... bukan apa nak kata sibuk tu sibuk la jugak.. nak kata tak sibuk pun tak jugak.. tapi terpakse la buat2 sibuk sikit tak boleh nak curik tulang, almaklum ler ada masalah teknikal yg disengajakan... tapi takpe semua tu bersifat sementara je...

Emm... rindu pulok rasenya nak mencoret cerita tak seberapa menarik nih.. tapi mungkin ada beberapa kejutan yg telah aku jangkakan berlaku... wakakaka... hebat sungguh permainan dipentas siber nie hingga membuatkan ramai insan2 yg bengong tertipu dengan pelakon yg ganteng lagi hebat nieh... bukan nak mencela tapi ini le hakikat hidup zaman sekarang... tapi tak baikkan mengata org. Sebenarnya aku sendiri tak tau kenapa manusia nie begini... suka mengambil kesempatan diatas kelemahan org lain... tapi yelah kan takleh nak menyalahkan pemangsa tu jugak.. yang bodoh sebenarnya mangsa tu sendiri!!!!!! kui..kui..kui.. tu la bila tengah hangat berasmara nieh, buruk kata org, cantik kata dia.. abih apo nak kato.. tanggung sendiri la dek non...

Ok.. ok.. apa la aku membebel nieh.. sebenarnya selepas hampir 2 bulan aku tak muncul nie (gi betapa kat gua lang) tiba tiba tergerak hati aku nak menjelma setelah ketenangan dikecapi. Biasa la bila ON je ym ade je cerita2 terkini yg kira agak menarik gak ku dengar.. Tapi tah le nak kata kesian tu pun ada jugak, nak kata geram tu pun ada jugak... tapi yang terkilannya hal nie berlaku pada org yg aku kenali jugak.. nak kata rapat tu rapat le jugak... tapi aku jenis kawan gan sesapa sapa.. tak kisah le kat belakang aku dia nak buruk kan aku pun.. gua tak kisah beb...

Lahai kenapa la benda nie berlaku.. tapi kan kata org sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua... camtu la kisahnya sorang Hamba Allah nie... aku tak tau la berapa ramai jadi mangsa dia.. kesian sungguh mereka... tapi kenapa la bodohnya org yg kena tipu tu.. aku bukan nak mengutuk, sebenarnya aku bersyukur sebab semuanya belum terlambat lagi, mungkin nasib menyebelahi dia. Entah la kan kalu dah kawin camner ek... nasib ko la labu..

Emm... pada hari aku dapat cerita nie, aku juga sempat berchatting dgn si gadis malang nie.. tu pun sebab dia sudi buzz aku.. mula2 bila aku dgr agak terkejut jugak tapi bila aku dgr semuanya dah berakhir.. syukur rasanya. Terus terang aku katakan walaupun si lelaki tu aku kenal tapi aku tak suka campur hal peribadi dia, selama nie pun aku lebih suka menganggap dia seperti abg aku sendiri... ala tapi kan dlm tu pun dia kenakan aku gak.. tapi aiman tak kisah pun.. biar dia buat kat aku.. masanya akan tiba jugak.. Sebenarnya dah lama aku tau pasal status dia tu, hahahaha cuma aku tak koser nk tanya dia sendiri wat membazir air liur basi aku je, mesti dia tak mengaku punya... so aku wat bodoh jelah... huh psiko dia memang hebat kalah Rosyam Noor dalam drama dia...

Adehh ngantuk ler plak.. ish.. lantak ler malas nak cerita lagi.. biar la dia dgn dunia nie.. mudah2an Allah beri dia petunjuk.. Mudah2an terbuka pintu taubat untuk dia... Mudah2an dia belajar menyayangi isteri dia.. Ingat la atas dunia nie mungkin kita boleh terlepas tapi akhirat nanti kita takkan terlepas.

Sape makan cili dia terasa pedas...