Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Saturday, June 30, 2007

HADIRNYA CINTA

Tika kaki melangkah jauh meninggalkan segala-gala yang disayangi itu di sini, tiada siapa yang tahu, perjalanan itu turut membawa hatinya yang hancur berderai. Di kejauhan, dia cuba mencari kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan. Dalam meniti bilahan hari, tanpa dia sendiri menduga, kepingan hatinya yang hancur dikutip dan dirawat dengan kasih sayang yang mengasyikkan. Dia mula dibelai perasaan suci itu sekali lagi. Dia melihat dirinya kembali direnda kebahagiaan dan keindahan. Dia melihat hari depan ditandai tinta emas.

Namun kedukaan tak pernah jemu mendekatinya. Dia dibenci dan dianiaya hanya kerana dia disayangi dan dicintai.Apakah dia tidak berhak bahagia seperti insan lain? Apakah resminya begitu, bahagia hanya mengejar mereka yang melorek dunia dengan harta?


**************************************************

Aku baru saja selesai tamat baca novel nie.. jalan ceritanya agak menarik. Tak kala kita mula membaca ia akan membuatkan kita rasa rugi untuk tidak meneruskan pembacaan kita sehingga tamat. Jalan cerita yang teratur membuatkan kita ingin terus membaca hingga ke akhir. Titipan kisah hidup gadis bernama Aliya yang keciwa dalam cinta pertama hingga membawanya ke luar negara mengharungi kehidupan dirantauan. Dia menyintai Zaidi dalam diam. Zaidi jirannya sejak kecil merupakan taman rapat dan juga sahabat diwaktu dibangku sekolah hingga membenihkan bibit-bibit cinta dihati Aliya terhadap Adi namun cinta Aliya tidak kesampaian kerana pada Zaidi dia hanya mengganggap Aliya seperti adiknya sendiri. Dalam kekeciwaan hati Aliya dia terpaksa merestui hubungan Zaidi dan Kamilia rakan sekolahnya. Aliya menerima tawaran belajar ke luar negara dan ingin membawa bersama kenangan bersama Zaidi. Biarpun harapannya hancur untuk memilikki cinta Zaidi namun cintanya terhadap Zaidi tidak pernah pudar.
Diperantau hati Aliya benar-benar tersentuh bila menerima setiap email dari Zaidi yang mengutuskan gambar-gambar saat bahagianya dengan Kamilia. Aliya memendam api cemburu hanya pada Haikal tempatnya mengadu. Haikal jejaka yang menaruh hati padanya tanpa disedarinya. Setelah menamatkan pengajian selama 4 tahun Aliya pulang ke tanah air dan membawa bersama cinta Haikal.
Novel nie agak dramatis jugak, kalau kita benar-benar menghayatinya ia mampu menitiskan airmata.

Wednesday, June 27, 2007

TITIPKAN AKU BAHAGIA - SITI ROZILAH


Hidup Syakila pernah ditabiri warna kusam.Amat kontras warna-warna kehidupan yang pernah dan akan diloreknya.Namun bayangan silam kerap mengitari dan memerangkap.Nama lelaki telah dipadamkan dari mata hatinya,namun mengapa lelaki juga yang kerap mengejarnya? Dia telah berlari menjauhi lelaki.Dia ingin mencipta bahagia sendiri bersama teman-teman,namun mengapa sering kali gagal? Kerana lelaki,dia dibenci dan didendami oleh sahabatnya sendiri...

*******************************************************
Keseluruhan jalan cerita agak menarik jugak. Tapi tatau mengapa aku mengambil masa yang lama untuk tamatkan novel nie. Rasanya bukan salah jalan cerita novel nie tapi mungkin mood aku takde. Bila aku cuba kembali menghayati cerita ni hingga akhir ia boleh aku anggap menarik. Novel nie memaparkan kehidupan seorang model bernama Syakila. Kisah hidupnya yang penuh dengan sejarah hitam. Anak yang terpaksa berpisah dengan ayahnya sejak dilahirkan setelah kematian ibunya.

Perjalanan hidupnya penuh dengan ranjau berduri tika dia dijadikan wanita simpanan oleh seorang lelaki yang amat dicintainya. Kerana sejarah hitam itu juga dia menjadi seorang gadis yang mempunyai prinsip hidup yang kuat. Pada awalnya penulis tidak menceritakan sejarah hitam yang dialami Syakila, ini membuatkan pembaca ingin terus membaca untuk mencari kisah sebaliknya. Satu demi satu kisah diceritakan membuatkan jalan cerita lebih menarik.

Saturday, March 10, 2007

Kasih Yang Suci

Sinopsis : KASIH YANG SUCI

KEPADA para peminat novel Alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel terbaru bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran.

Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?
Segala-galanya dalam Kasih Yang Suci. Dapatkan segera sebelum kehabisan.

Tuesday, February 20, 2007

LAGU RINDU

Aqmal amat mencintai Puteri Adalea tetapi dalam masa yang sama kasihnya sentiasa ditagih oleh Sofea. Gelagat Sofea membuatkan kasih Adalea kepada Aqmal sedikit malap.

Aku takut sebenarnya. Takut seandainya kasihku terputus di tengah jalan. Khuatir, jika sayang Aqmal berpaling kepada insan lain setelah seluruh perasaanku menjadi miliknya. Bimbang, andai cinta beralih arah tatkala kuserahkan seluruh jasadku kepadanya.

Perlukah Adalea memberi peluang kedua kepada Aqmal setelah dirinya dipersiakan? Bagaimana Aqmal menangani masalah cintanya terhadap Adalea sedangkan Sofea masih mengharapkannya hingga ke hujung nyawa?

*************************************

Kisah cinta dan kehidupan rumahtangga Alea dan Iqmal yang penuh dengan curiga dan salah sangka. Cinta mula berputik ketika sama-sama menuntut diluar Negara, namun kesangsian Alea terhadap cinta Iqmal telah memisahkan mereka. Api cemburu telah mengeraskan hati Alea untuk menerima cinta Iqmal yang telah dianggap kaki perempuan. Takdir telan menemukan mereka semula dan Iqmal cuba membuktikan kejujurannya dengan melamar Alea tetapi Alea menerima ikatan tersebut kerana tidak tahan dengan hinaan yang dilemparkan oleh neneknya yang selama ini membenci dirinya. Dia sendiri tidak tahu dendam apa yang membara dihati neneknya.

Konflik rumahtangga mereka berlarutan sehingga beberapa bulan lantaran Alea tidak dapat menerima cinta Iqmal sepenuhnya biarpun Iqmal berusaha untuk meyakinkan Alea bahawa cintanya hanya untuk Alea pertama dan terakhir tetapi mengenangkan kemesraan Iqmal bersama Sofea dan Julea membuatkan Alea tidak mempercayai Iqmal. Iqmal merasa tertekan namun cintanya pada Alea tidak pernah berubah.

Biarpun Alea tahu Sofea sebenarnya adalah sepupu Iqmal namun dia merasa tercabar dengan tindakkan Sofea yang menganggapnya merampas kebahagiaannya dengan Iqmal. Iqmal sendiri tidak tahu punca ketidak kepercayaan Alea terhadap dirinya.

Di akhir cerita baru Alea tahu sebenarnya Julea sebenarnya adalaha adik kandung Iqmal sendiri hasil perkahwinan ayahnya dengan wanita lain…

Diawal cerita agak lembab hanya berkisarkan kehidupan Alea sebagai penuntut diluar Negara.. Di pertengahan cerita penulis seakan membuatkan pembaca untuk terus membaca kerna ingin mengetahui kesudahan kisah hidup Alea dan Iqmal.. persoalan tentang perhubungan antara Iqmal, Sofea dan Julia dan seterusnya membuatkan kita tertanya-tanya apakah sebabnya Alea dibenci neneknya, namun segala persoalan terjawab akhirnya.


Monday, February 19, 2007

MAHLIGAI CINTA

Sinopsis : MAHLIGAI CINTA

Novel ini mampu mengajak anda menyelami watak-watak yang bermain dengan perasaan terhadap pasangan masing-masing sama ada kecewa, gembira, pasrah, sayang, cinta dan sebagainya.

Namun, lumrah percintaan; ada cerita duka, ada cerita ceria, semuanya saling menyinggah. Tidak kiralah anak dara, tunangan, isteri, suami, janda malah dua sekalipun berjak memiliki anugerah paling agung - CINTA.

MAHLIGAI CINTA - memuatkan momen-momen cinta, sengsara, suka dan duka. Antara kejujuran dan kepuraan, antara keikhlasan dan pendustaan. Ada cinta yang terhalang... ada rindu yang tercicir.


***********************************************

Memaparkan konflik rumahtangga yang agak sukar untuk kita fahami. Penulis membuat kelainan dalam watak penceritaannya kerana memaparkan beberapa watak sebagai pencerita disetiap bab. Pasangan suami isteri yang hanyut dalam emosi sendiri.. isteri merasa tersisih kerana sikap dingin suami begitu juga sebaliknya.. suami merasa tersisih kerana isteri terlalu mementingkan kariernya. Permulaan cerita membuatkan kita tertanya2 apakah sebenarnya masalah antara mereka. Biarpun mereka kelihatan bahagia dihadapan anak2 namun diantara mereka sebenarnya masing2 menyimpan perasaan curiga sesame sendiri. Banyak persoalan yang sukar nak kita jelaskan.. penulis membuatkan kita berfikir apa sebenarnya terjadi kerana semuanya seakan tidak berapa jelas.

Oleh kerana terlalu banyak watak menjadi pencerita jadi kisah yang sama seolah berulang kerana diceritakan oleh org yang berbeza.. contohnya ketika si suami terkena migrain dan dimasukkan ke hospital.. pada permulaannya si anak (Angah) bercerita kejadian yang menimpa.. kemudian si isteri bercerita babak yang sama dan begitu juga dengan Cik Siti Nor Eyes jugak seolah menceritakan babak yang sama. Sekiranya kita membaca sepintas lalu agak sukar untuk memahami jalan ceritanya kerana banyak persoalan yang terjadi kurang jelas.

Sunday, February 18, 2007

BERIKAN CINTAMU

Sebuah cerita yang pasti mencuit perasaan anda dengan gelagat orang bercinta. Eza Nylea terlalu mendambakan cintanya kepada Rizal sedangkan lelaki itu langsung tidak menghargai kejujuran, ketulusan dan pengorbanannya. Dia sahaja yang terlalu setia sebagai seorang kekasih, tetapi Rizal langsung tidak memahami perasaannya

Justeru itu, ketika Eza memendam perasaan, hadirnya seorang sahabat yang baru dikenali bernama Azalan. Lelaki itulah yang sudi berkongsi rahsia hati dan perasaan Eza. Persahabatan itu, akhirnya termeterai dengan ikatan kasih sayang.

Eza keliru. Antara Rizal dan Azalan... yang mana harus diberikan cinta? Di sana masih mencintai, di sini menagih kasih. Pada masa yang sama Eza berhadapan dengan kerenah bekas rakan-rakan serumahnya semasa menuntut di universiti. Penganiayaan dan fitnah sudah menjadi kudis buatnya. Adakah Eza terus berdiam diri setelah pelbagai penyeksaan dilakukan oleh mereka sehingga dia hampir diragut kesuciannya

*********************************

Tiada ucapan, tiada tulisan yang ada hanyalah perasaan. Hasil karya sulung Rose Harissa memaparkan nilai persahabatan, percintaan dan kekeluargaan. Dendam, kebencian, keikhlasan, kejujuran dan kasih sayang adalah lumrah kehidupan.

Eza Nylea seorang gadis yang memilikki keperibadian tinggi, berpegang tinggi pada pegangan agama dan terlalu taksub pada cintanya. Bertahun-tahun Eza setia pada cintanya, biarpun kadangkala cintanya umpama ombak dilautan, umpama air bah yang ada pasang surutnya. Biarpun dia sering disakiti dan ditinggalkan ketika diperlukan namun Eza tetap setia pada Rizal.

Azalan, lelaki misteri yang dating ketika dia kesedihan. Kehadiran Azalan sering memberi kebahagiaan kepada Eza tak kira suka atau pun duka. Apa jua keadaan Eza, Azalan setiasa ada memberi sokongan. Azalan juga pernah dikeciwakan, dihina kerana tidak milikki apa-apa.

Kehidupan manusia tak terlepas dari perasaan benci dan dendam, itulah sifat yang terbuku dihati Syella terhadap Eza tapi bagi Eza tidak pernah tersemat sekumit pun kebencian terhadap Syella. Eza sentiasa redha dengan dugaan Illahi.

Konflik percinttan menjadi lumrah dalam kehidupan, dugaan demi dugaan melanda hinggakan Eza merasa tewas dan mengalah dengan ketentuanNya. Dikala ujian melanda dia akhirnya sedar siapa sebenarnya dihatinya, siapakah insan yang mampu memberinya kebahagiaan. Azalan setiasa dihatinya, sukar untuknya memadamkan nama Azalan yang sudah terpahat dihatinya. Biarpun dia menerima Rizal namun dia tidak mampu mengusir cintanya pada Azalan. Baginya segalanya sudah terlambat kerana dia dan Azalan akan berkahwin dengan pasangan masing-masing. Rizal yang selama ini diagungkan seolah lenyap dari hidupnya, biarpun lelaki itu bakal menjadi suaminya.

Kasih sayang keluarga telah menjadi sinar kebahagiaannya. Harapan yang dianggap punah sebenarnya hanyalah anggapannya. Kebahagiaan sentiasa menantinya. Azalan adalah pengantin lelakinya bukannya Rizal seperti yang disangkakan. Kejutan ini membuatkan Eza seolah bermimpi. Azalan tidak pernah berhenti mengharap cinta Eza.

Lumrah hidup, setiap kejahatan akan dibayar secara tunai didunia diatas setiap kejahatan yang telah dilakukan, begitulah nasib yang menimpa Syella dia terpaksa menerima balasan atas setiap perbuatannya. Dia kehilangan kerja, dia kehilangan Ikmal. Ikmal menceraikannya setelah mendapat tahun bahawa dia tak boleh mengandung lagi selepas keguguran.

Epilog Cinta


Sinopsis :

Cinta umpama pelangi. Bagi Aidit, cinta Karmila ibarat dewi bercahaya dan menikam sukma. Tiba-tiba langit bagai menghempap bumi. Cinta mereka berdua terhalang kerana darjat dan keturunan.

Jiwa Aidit panasaran. Karmila pula bagaikan rentung dibakar duka. Antara darjat dan keturunan, ada seseorang yang ingin merebut cinta Karmila. Dan ada orang lain yang cuba menghalang cinta mereka.

Apakah cerita yang seterusnya? Perjalanan cerita yang berlandaskan tiga zaman ini perlu dihayati untuk mengetahui sebab dan akibat terjadinya perebutan cinta.


*********************

Pahit getir kehidupan berkeluargaan dan cinta dipaparkan menerusi tiga generasi yang sama. Bermula dengan kehidupan Karmini (nenek) yang berkahwin atas pilihan sendiri dengan Daeng Amid pemuda miskin keturunan Bugis. Ibunya Hajah Sapiah terlalu mementingkan martabat tidak dapat menerima Daeng Amid sebagai menantu.

Keperitan hidup membesarkan 5 orang anak ketika itu bukan sesuatu yang mudah. Daeng hanya guru sekolah melayu ketika itu tidak mampu untuk memberi kemewahan pada anak-anaknya Karmila, Kamal, Kamil, Khalil dan Khalid.

Karmila (Emak) seorang wanita yang cekal ingin membina kehidupan sendiri namun keperitan hidup mereka memaksa dia berkorban untuk melupakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran. Dia dipaksa berkahwin dengan pilihan emaknya sedangkan dia sudah ada pilihan sendiri. Aidit jejaka yang dicintainya dalam diam telah berjaya mengetuk pintu hatinya. Namun sudah menjadi resam kehidupan kala itu jodoh dan pertemuan ditentukan orang tua. Puas dia membantah.. puas dia merayu namun tidak seinci pun keputusan Karmini berganjak untuk menjodohkan Karmila dengan Fakri anak saudaranya sendiri. Deang Amid tidak mampu bersuara kerana semua kehendak isteri dan mertuanya. Biarpun perit Karmila terpaksa menerima hakikat bahwa cintanya dah Aidit harus berkubur.

Keindahan hidup berumahtangga tidak pernah dikecapinya. Karmila seolah tiada tempat mengadu.. dia tiada berdaya melawan jodoh yang ditentukan. Takkala keperitan hidup yang ditanggung ketika itu mengamit hidupnya dia mencari-cari kemana perginya emak dan neneknya yang suatu ketika dulu terlalu bangga dengan keturunannya yang kononnya dianggap org baik-baik. Karmila terpaksa menelan setiap keperitan hidup sendirian, tapi dia bersyukur kerana memiliki ayah yang memahami dirinya biarpun tidak mampu berbuat apa-apa. Fakri bukan sorang suami yang bertanggungjawab, kaki perempuan namun dia terpaksa menelan semua kepahitan kerana tidak inginkan perpisahan. Karmila terpaksa meneruskan kehidupan sendirian biarpun dia masih punyai suami.

Selama 19 tahun dia menanti sinar cahaya, kehadirian Cempaka Adilla Zahira memberi sinar baginya. Di usia remaja Adilla menjadi seorang gadis yang hidup penuh berdikari. Adilla diasuh dengan penuh kerikil kehidupan. Jiwanya lasak dilambung badai orang tuanya. Hatinya keras, sekeras batu sukar untuk dilembutkan.

Hizaidi menagih cinta Adilla namun tidak pernah diendahkannya. Adilla seolah serik untuk menerima cinta lelaki. Pengalaman ibunya Karmila membuatkan dia sukar untuk menerima lelaki dalam hidupnya. Cinta Hizaidi mengatasi keegoaan Adilla. Dia akhirnya mengakui sebenarnya dia menyintai Hizaidi.

Hizaidi merancang perkahwinannya dan Adilla kerana dia takut kehilangan Adilla. Dia tidak mampu menerima setiap gossip yang melanda kehidupan Adilla sebagai seorang model. Kekerasan Hizaidi telah menyatukan mereka namun belum sempat semuanya menjadi pasti, ibunya Karmila menghembuskan nafas terakhir dihadapan bekas kekasihnya Aidit yang selama ini dikenali Adilla sebagai Dato Eddy.

Fakri menyesal setiap perbuatannya selama ini mengabaikan Karmila, namun semuanya sudah terlambat.

BAYU ASMARA


Kisah yang benar-benar menyentuh perasaan anda ini mampu menjadi iktibar dalam hidup anda. Puteri Bayu Irnan merupakan bekas pelumba haram di luar negara telah insaf apabila muncul bayangan lelaki yang cuba menyelamatkan nyawanya daripada kemalangan. Sejak itu dia mencari siapa lelaki itu hingga membawanya pulang ke Malaysia.

Mimpi-mimpi yang sering dialaminya itu menjelma dan mengganggu hidupnya. Sehinggalah dia bertemu dengan Shah Asmara. Akhirnya pertemuan mereka diakhiri dengan perkahwinan. Inilah orang yang dicarinya selama ini. Namun, jodoh mereka tidak kesampaian. Bayu terima kadaq dan kadar TUHAN. Shah Asmara pergi buat selama-lamanya.

Apa yang sering merunsingkan Bayu, mimpinya datang kembali. Wajah lelaki itu datang mengganggunya. Siapa pula dia? Pencarian Bayu masih belum berakhir. Bayu perlu mencarinya. Di manakah pula dia harus mencari lelaki itu? Dapatkah Bayu bertemu dengannya?

*********************************

Karya kedua hasil tulisan Illani Mysara selepas Seindah Memori. Memaparkan kehidupan kekeluargaan dan cinta dan persahabatan yang sejati. Puteri Bayu Irnani seorang gadis yang dibesarkan dikepulauan Hawai.. hidup penuh dengan didikan keagamaan dan budaya hidup melayu yang tidak pernah pandang pada darjat.

Mimpi telah menyesakkan setiap nafas Bayu.. mengubah kehidupannya menjadi seorang muslimah sejati. Dia ingin mencari kisah disebalik kabus dalam mimpinya. Bayu kembali ke Malaysia semata-mata ingin mencari lelaki yang hadir dalam mimpinya mengganggu lena tidur sejak beberapa tahun lalu.

Arman, anak lelaki kepada keluarga angkatnya menaruh hati terhadap Bayu namun tidak mampu untuk meluahkannya namun api cemburu yang tunjukkan Arman membuatkan Bayu merasa tersisih berada didalam keluarga Arman hinggakan Bayu merasakan dirinya tidak diperlukan.

Shah Asmara, seorang lelaki yang pernah berumahtangga atas kehendak orang tuanya, namun ikatan itu terlerai kerana kemahuan isterinya. Shah menerima setiap celaan namun tidak mampu untuk menjelaskan rahsia sebenar disebalik penceraian itu.

Kisah cinta tiga segi yang menyayat hati dan penuh dengan pengorbanan telah memberi kesan yang mendalam. Bayu menemui kebahagiaan yang dicari namun kebahagiaan itu telah diragut, Shah terlebih dahulu menyambut panggilan Illahi. Bayu pasrah dan redha atas pemergian Shah namun dia harus meneruskan hidup demi zuriat yang dikandungnya.

Persahabatan Shah dan Arman telah membuatkan Arman terpaksa memegang amanat yang besar dari Shah. Namun terlalu payah untuknya melaksanakan amanat tersebut kerana cinta Bayu terhadap Shah terlalu mendalam. Arman terpaksa korbankan cintanya terhadap Bayu demi persahatan yang terjalin antara dia dan Shah.

Kehadiran Juan dan Jea telah menyatukan semula Arman dan Bayu. Namun takdir telah menentukan mereka sama-sama terkorban dalam kemalangan yang berlainan dihari perkahwinan mereka.

Kisah cinta yang sungguh menyayat hati mampu membuat pembaca menitiskan airmata.

Thursday, February 1, 2007

JANJI KASIH


Perkahwinan yang berkecai di tengah perjalanan usia ke hari tua antara ibu dan bapa Saliwati menimbulkan pelbagai dugaan hidup. Ibunya berkahwin lain dengan lelaki yang jauh lebih muda daripada usianya. Namun, bapa tirinya bukanlah seorang lelaki yang bertanggungjawab sehingga sanggup merosakkan masa depannya.

Zahim, kekasih lamanya berada di persimpangan apabila dia disuruh berpoligami oleh isterinya. Saliwati terperangkap antara cinta Zahim dengan Huzairi yang kematian bapa akibat tragedi tsunami.

Apakah yang akan dilakukan oleh Saliwati? Perlukah dia hidup bersama dengan Zahim atau menerima cinta Huzairi? Apakah janji-janji yang dilafazkan oleh isteri Zahim?

***************

Best novel nie memaparkan realiti kehidupan manusia masa kini..

Wednesday, January 31, 2007

Dakapan Rindu.. Fatin Nabila


Baru habis baca malam tadi.. sehari je aku habiskan novel nie.. ceritanya best gak.. hehehe tu yang cepa habis kot.. Kisah cinta Suraya dan Ezahar.. emm mereka terpaksa berpisah selama 2 tahun kerana Ezahar akan melanjutkan pelajaran diluar negara.. sepanjang Ezahar disana dia tak pernah menghubungi Sue walaupun sekali tapi Sue tetap setia dengan cinta Ezahar. Sue terpaksa menyembunyikan cinta mereka dari pengetahuan keluarga kerana ayah dia terlalu tegas.. Tapi kerana kemerosotan perniagaan ayahnya telah mendapat bantuan dari seorang kwn baiknya bergelar Datuk.. Isteri datuk, Datin Aminah berkenankan Sue dan ingin menjodohkannya dengan anaknya yang baru pulang dari luar negara, Norman.. Sue terpaksa akur kerana keadaan yang memaksa.. dia dicemburui kakaknya sendiri kerana disangka ingin merampas tunang kakaknya sendiri Adnan sedangkan Adnan hanya bertepuk sebelah tangan. Dia dan Norman membuat perjanjian dan mereka bersetuju untuk bertunang tetapi selepas kepulangan Ezahar dia akan kembali pada Ezahar kerana cintanya terlalu setia buat Ezahar.. Dalam diam Norman terlalu menyayangi Sue tapi dia memendam rasa kerna berpegang pada janji.. Sue juga merasakan sesuatu dalam dirinya.

Jeng..jeng..jeng.. suspen gak yang last tu.. tapi akhirnya cinta sue milik Norman juga kerna ternyata setelah kepulangan Ezahar semuanya terbongkar.. tapi Ezahar masih cuba menduga kesetiaan Sue namun dia harus melepaskan Sue.. dan dia akui dia tak setia pada cinta sue..

Percayalah..


Aku baru habis baca novel percayalah.. rasanya nie la novel paling lambat aku nak abiskan bukannya apa jalan ceritanya slow sangat naik bosan aku dibuatnya.. nasib la aku dok cuti sekarang kalu tak jawabnya sampai sudah aku tak baca novel nie.. tapi bila dah baca separuh baru rasa best sikit.. masa mula2 keluar dulu sinopsis dia aku baca kat sokabar cam best je.. Novel nie bukan terbitan Alaf21.. apa tah lupa lak aku..

Sinopsis Novel

Perjalanan hidupnya tidak seindah yang diharapkan. Dia hilang kasih dan terpinggir dari sayang seorang ayah. Dia lupa akan jati dirinya sebagai Danial Wolfgang. Dia rasa terpenjara dalam kehidupan ciptaannya. Sehinggalah dia bertemu… Nurnya.

Nur Atiqah, gadis Melayu yang hadir di tengah-tengah kelompok budaya yang berbeza. Datang dengan harapan untuk melunaskan satu cita-cita . Namun tanpa disedari dia juga tidak boleh menolak sebuah perasaan yang hadir dalam diam.

Stuttgart... di situ mereka ditemukan; pada saat putih salji yang jatuh menjadi saksi dan rasa yang bertunas tersimpan dalam-dalam. Benarkah daun-daun mapel belum berhenti berguguran? Masihkah ada waktu untuk mereka merasai hadirnya musim bunga? Sedangkan mereka masih jua menyendiri dan membawa jauh-jauh satu rasa itu. Duka lara tiba lebih dahulu sebelum segalanya terjadi. Mampukah badai meleraikan pautan hati yang seteguh gunung salju itu? Mungkinkah, kisah mereka bagaikan sungai- sungai yang pasti bersatu di muara?

Mana mungkin lagi untuk ombak perasaanku ini mampu menghempas pantai hati mu, Atiqah... kalau sudah ada benteng di situ? ~Danial Wolfgang

Mengapa Danial, kau tetap tidak pernah jemu-jemu memerhati kamar hatiku ini dalam remang-remang cahaya lampu oren itu? ~Nur Atiqah

Friday, January 5, 2007

BUATMU KEKASIH


Tanpa Fikri, dunia Ika tidak bermaknaTiada Lukman, betapa sepinya hati Farah.Betapa getir dugaan, Fuad tetap milik Umairah.Meski bertahun terpisah, hati Zainal hanya untuk Kay.Dan cinta suci Hanif, adalah memori terindah Intan Azureen.
Tahun berlalu... kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan kebahagiaan, namun hakikat kehidupan bukan seindah yang diaharapkan. Ada jiwa yang terluka, ada perasaan yang tersentuh, ada hati yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba diatasi sebaik-baiknya.
BUATMU KEKASIH, menggambarkan betapa akrabnya kita dengan watak-watak dalam karya terdahulu hingga merasakan bahawa mereka turut menghirup udara yang kita hirup, tinggal di bawah langit yang sama dan juga berlampukan sinaran bulan yang satu.


************

Salah satu koleksi aku tapi aku belum baca sebab bagi adik aku pinjam.. sebenarnya Buatmu Kekasih nie adalah kesinambungan 5 buah novel Aisya Sofea yang terdahulu.. Jauh ( Fikri dan Ika), Jendela Hati (Farah dan Lukman), Kau Untukku (Fuad dan Nurul), Sehangat Asmara (Zainal dan Kay) dan Gelora Jiwa (Hanif Ashman dan Intan Azureen)...... takleh nak komen sebab belum baca..

Monday, January 1, 2007

SEMUSIM RINDU


Sinopsis : SEMUSIM RINDU
Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...

Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...

Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?

Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?


**********************************

Nie pun koleksi adik aku... tumpang baca je.. kisah nie penuh dengan tanda tanya..

Sunday, December 31, 2006

SAAT CINTA BERSEMI


BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... kehidupannya terus dirundung malang.

Syamir... walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Nur Dhuha... didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak.

Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Benarlah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan-lahan cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan. Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah harapan untuk Nur Dhuha mengecap bahagia?

Cinta Tiada Akhirnya


Rentetan Perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam 'Cinta....Tiada Akhirnya.

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah.....CINTA .....TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.

Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, CINTA....TIADA AKHIRNYA, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.

*****************

Sambungan Ombak Rindu dari Fauziah Ashari.. cerita nie memang best .. pergolakan rumah tangga Izzah. Kemunculan semula Pakcik Taha dalam kehidupan Izzah.. tapi cerita nie happy ending.. biasa la kan..

Novel nie adalah koleksi adik aku.. so aku pinjam dia punya je..

Izinkan Kubahagia


Cerita dalam novel beliau ini sememangnya menarik. Setiap manusia mencari cinta dalam hidup mereka. Tapi, rupa-rupanya, cinta sahaja tidak cukup kalau tiada bahagia. Begitulah episod duka yang dilalui oleh Soraya, Nadya dan Zafir.

Soraya kecewa dalam perkahwinannya. Kehadiran Zafir ibarat peluang baginya menyandarkan harapan. Sedangkan sepuluh tahun dahulu, dia pernah menolak impian pemuda itu.

Nadya pula ingin bahagia di samping Zafir. Tiga tahun mereka bertunang, namun hasrat untuk diijabkabulkan sering tertangguh. Kisah cinta mereka seperti langit, kadangkala cerah, mendung dan cerah kembali.


Novel nie baru beli november lepas.. best gak jalan ceritanya..

Saturday, November 11, 2006

RINDU DI KALBU


Sinopsis : RINDU DI KALBU

Antara Ain Syauqina dan Ammar Wajdi, memang wujud keserasiannya. Sejak peristiwa terperangkap dalam lif, mereka sering mencipta pertemuan demi pertemuan. Kadangkala mereka akan menghabiskan cuti hujung minggu dengan membaca di taman bunga. Tapi, itu dulu. Sewaktu baru merasai manisnya saat bercinta. Kini, sejak kehadiran lelaki itu semula, batinnya sentiasa berkocak. Ketenteraman jiwanya pula seperti diragut. Dia keliru antara kasih Azad dan memori cinta Ammar. Mustahil dia melukakan Azad Hamdi, insan yang sudi memberi kehidupan pada jiwanya. Tanpa Azad, mungkin sukar baginya untuk melupakan kisah malam itu. Tapi patutkah aku menyalahkan dirinya saja? Atau, aku juga ada sahamnya? Walaupun dunianya sudah dikelilingi bunga-bunga cinta, sesekali rindu pada Ammar menjengah juga. Namun, jauh di sudut hati... Ain tahu dan sedar, bara itu masih menyala. Walaupun hampir reda tapi api cinta itu tidak pernah padam sepenuhnya. Mungkinkah kalau ditiup, akan bersemarak semula? Dia benar-benar buntu! Tidak sanggup rasanya meniti bahagia atas kelukaan orang lain. Dan... bagaimana aku harus mengharungi hidup sebumbung dengan lelaki itu, sedangkan dia bukan milikku? Semuanya terserah pada takdir. Kita hanya berhak merancang tapi hanya DIA penentu segalanya.

Sunday, November 5, 2006

Duri

Kerapuhan ikatan kekeluargaan serta sikap egoistik membantutkan cinta dan kecintaan.

DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur.

Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula ibu mentua yang egoistik.

Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara?

Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati sufi yang penuh duka dan dendam?

Novel nie memang best.. komplik keluarga yang penuh dendam..

Friday, October 20, 2006

PASRAH KASIH


Sinopsis : PASRAH KASIH
Andai benar wanita itu penyeri hidup, mengapa mesti ada luka di hati mereka? Mengapa harus ada sengsara dalam nafas mereka? Penghijrahan Zuliyanti ke Malaysia demi untuk mengubah nasib keluarga. Pun dia tidak pernah menjangka akan terjerumus dalam kemelut yang menuntut pengorbanan besar dirinya. Tanpa diduga, dia terleka dengan permainan duniawi yang tidak menjanjikan apa-apa. Layanan menggoda Saiful membuahkan sayang di hati dan tanpa sedar telah menghanyutkannya dari dunia realiti. Saiful pula kian terjebak dalam permainan yang diciptanya sendiri. Demi sayangnya pada Karmila; isteri yang setia, kerana kasihnya pada Zuliyanti; kekasih yang manja memaksa dia mengatur permainan demi permainan agar tidak ketara cela lakonannya. Pengorbanan Zuliyanti menghidupkan lagi sandiwara Saiful. Niatnya hanya satu, untuk menghalalkan yang haram dan tidak terus terjerumus dalam dunia kemaksiatan. Namun... segala yang manis hanya datang seketika. Hari demi hari perubahan Saiful mendesak Karmila melayani rasa sangsi yang sesekali mencengkam diri.
Salahkah Karmila andai curiga menguasai fikiran tika bahagia yang dicari dan didamba selama ini kian menghilang? Tergugatkah kedudukannya dengan kehadiran gadis manis menggoda ini? Dan tegakah Zuliyanti memusnahkan kebahagiaan insan lain semata-semata untuk kepuasan diri sendiri?Yang pasti, tiada siapa yang mahu kecundang, tiada hati yang mahu terluka dalam dunia ciptaan Saiful ini...

***************************************

Koleksi ku tapi lum baca lagi rasanya...

Sunday, October 15, 2006

ADAM & HAWA


AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...