Saturday, February 24, 2007

Emmm...

Selama seminggu cuti CNY aku tak kemana2.. aku banyak menghabiskan masa dgn membaca novel yang aku belum baca termasuk novel yg baru aku beli hari tu. Bila dah ada mood nak membaca masa tu la aku baca kalu tak susah jugak nak tunggu aku ada mood nie.

Athirah gan laki aku hari rabu dah mula kerja, apa lagi kerja aku, selain mengadap novel aku mengadap tv dari tengahari sampai petang.. camtu ler hari2.

Tuesday, February 20, 2007

Bosannyer....

Aku tak jadi balik kampong.. hari minggu aku ajak kak na dengan anak2 dia pergi jalan2 kat Jaya Jusco.. saja melepaskan boring.. takde beli apa pun cuci mata... aku singgah kat kedai buku Popular.. memang niat aku kesana nak beli buku pun. Aku beli 3 buah novel baru.. Berikan Cintamu, Epilog Cinta dan Bayu Asmara.. entah bila aku nak baca tatau la... lepas tu aku belanja derang makan..

Hari senin pulak sehari suntuk aku kat rumah je baca novel.. berlambak lagi novel yang aku tak baca tambak lak dengan yang aku beli ari minggu tu ada la dlm seploh buah kot... huh.. susah sangat aku nak amik mood nak membaca nie.. Aku habiskan Novel Lagu Rindu.. ada la sikit komen aku pasai jalan ceritanya.. hari lak aku habis sebuah lagi.. novel Mahligai Cinta.. hat nie memang aku baca betul2 dari pagi sampai petang baru habis.. lepas nie aku nak baca buku Bayu Asmara plak... harap2 aku dapat habiskan novel yg belum aku baca dalam masa cuti nie...

LAGU RINDU

Aqmal amat mencintai Puteri Adalea tetapi dalam masa yang sama kasihnya sentiasa ditagih oleh Sofea. Gelagat Sofea membuatkan kasih Adalea kepada Aqmal sedikit malap.

Aku takut sebenarnya. Takut seandainya kasihku terputus di tengah jalan. Khuatir, jika sayang Aqmal berpaling kepada insan lain setelah seluruh perasaanku menjadi miliknya. Bimbang, andai cinta beralih arah tatkala kuserahkan seluruh jasadku kepadanya.

Perlukah Adalea memberi peluang kedua kepada Aqmal setelah dirinya dipersiakan? Bagaimana Aqmal menangani masalah cintanya terhadap Adalea sedangkan Sofea masih mengharapkannya hingga ke hujung nyawa?

*************************************

Kisah cinta dan kehidupan rumahtangga Alea dan Iqmal yang penuh dengan curiga dan salah sangka. Cinta mula berputik ketika sama-sama menuntut diluar Negara, namun kesangsian Alea terhadap cinta Iqmal telah memisahkan mereka. Api cemburu telah mengeraskan hati Alea untuk menerima cinta Iqmal yang telah dianggap kaki perempuan. Takdir telan menemukan mereka semula dan Iqmal cuba membuktikan kejujurannya dengan melamar Alea tetapi Alea menerima ikatan tersebut kerana tidak tahan dengan hinaan yang dilemparkan oleh neneknya yang selama ini membenci dirinya. Dia sendiri tidak tahu dendam apa yang membara dihati neneknya.

Konflik rumahtangga mereka berlarutan sehingga beberapa bulan lantaran Alea tidak dapat menerima cinta Iqmal sepenuhnya biarpun Iqmal berusaha untuk meyakinkan Alea bahawa cintanya hanya untuk Alea pertama dan terakhir tetapi mengenangkan kemesraan Iqmal bersama Sofea dan Julea membuatkan Alea tidak mempercayai Iqmal. Iqmal merasa tertekan namun cintanya pada Alea tidak pernah berubah.

Biarpun Alea tahu Sofea sebenarnya adalah sepupu Iqmal namun dia merasa tercabar dengan tindakkan Sofea yang menganggapnya merampas kebahagiaannya dengan Iqmal. Iqmal sendiri tidak tahu punca ketidak kepercayaan Alea terhadap dirinya.

Di akhir cerita baru Alea tahu sebenarnya Julea sebenarnya adalaha adik kandung Iqmal sendiri hasil perkahwinan ayahnya dengan wanita lain…

Diawal cerita agak lembab hanya berkisarkan kehidupan Alea sebagai penuntut diluar Negara.. Di pertengahan cerita penulis seakan membuatkan pembaca untuk terus membaca kerna ingin mengetahui kesudahan kisah hidup Alea dan Iqmal.. persoalan tentang perhubungan antara Iqmal, Sofea dan Julia dan seterusnya membuatkan kita tertanya-tanya apakah sebabnya Alea dibenci neneknya, namun segala persoalan terjawab akhirnya.


Monday, February 19, 2007

MAHLIGAI CINTA

Sinopsis : MAHLIGAI CINTA

Novel ini mampu mengajak anda menyelami watak-watak yang bermain dengan perasaan terhadap pasangan masing-masing sama ada kecewa, gembira, pasrah, sayang, cinta dan sebagainya.

Namun, lumrah percintaan; ada cerita duka, ada cerita ceria, semuanya saling menyinggah. Tidak kiralah anak dara, tunangan, isteri, suami, janda malah dua sekalipun berjak memiliki anugerah paling agung - CINTA.

MAHLIGAI CINTA - memuatkan momen-momen cinta, sengsara, suka dan duka. Antara kejujuran dan kepuraan, antara keikhlasan dan pendustaan. Ada cinta yang terhalang... ada rindu yang tercicir.


***********************************************

Memaparkan konflik rumahtangga yang agak sukar untuk kita fahami. Penulis membuat kelainan dalam watak penceritaannya kerana memaparkan beberapa watak sebagai pencerita disetiap bab. Pasangan suami isteri yang hanyut dalam emosi sendiri.. isteri merasa tersisih kerana sikap dingin suami begitu juga sebaliknya.. suami merasa tersisih kerana isteri terlalu mementingkan kariernya. Permulaan cerita membuatkan kita tertanya2 apakah sebenarnya masalah antara mereka. Biarpun mereka kelihatan bahagia dihadapan anak2 namun diantara mereka sebenarnya masing2 menyimpan perasaan curiga sesame sendiri. Banyak persoalan yang sukar nak kita jelaskan.. penulis membuatkan kita berfikir apa sebenarnya terjadi kerana semuanya seakan tidak berapa jelas.

Oleh kerana terlalu banyak watak menjadi pencerita jadi kisah yang sama seolah berulang kerana diceritakan oleh org yang berbeza.. contohnya ketika si suami terkena migrain dan dimasukkan ke hospital.. pada permulaannya si anak (Angah) bercerita kejadian yang menimpa.. kemudian si isteri bercerita babak yang sama dan begitu juga dengan Cik Siti Nor Eyes jugak seolah menceritakan babak yang sama. Sekiranya kita membaca sepintas lalu agak sukar untuk memahami jalan ceritanya kerana banyak persoalan yang terjadi kurang jelas.

Sunday, February 18, 2007

BERIKAN CINTAMU

Sebuah cerita yang pasti mencuit perasaan anda dengan gelagat orang bercinta. Eza Nylea terlalu mendambakan cintanya kepada Rizal sedangkan lelaki itu langsung tidak menghargai kejujuran, ketulusan dan pengorbanannya. Dia sahaja yang terlalu setia sebagai seorang kekasih, tetapi Rizal langsung tidak memahami perasaannya

Justeru itu, ketika Eza memendam perasaan, hadirnya seorang sahabat yang baru dikenali bernama Azalan. Lelaki itulah yang sudi berkongsi rahsia hati dan perasaan Eza. Persahabatan itu, akhirnya termeterai dengan ikatan kasih sayang.

Eza keliru. Antara Rizal dan Azalan... yang mana harus diberikan cinta? Di sana masih mencintai, di sini menagih kasih. Pada masa yang sama Eza berhadapan dengan kerenah bekas rakan-rakan serumahnya semasa menuntut di universiti. Penganiayaan dan fitnah sudah menjadi kudis buatnya. Adakah Eza terus berdiam diri setelah pelbagai penyeksaan dilakukan oleh mereka sehingga dia hampir diragut kesuciannya

*********************************

Tiada ucapan, tiada tulisan yang ada hanyalah perasaan. Hasil karya sulung Rose Harissa memaparkan nilai persahabatan, percintaan dan kekeluargaan. Dendam, kebencian, keikhlasan, kejujuran dan kasih sayang adalah lumrah kehidupan.

Eza Nylea seorang gadis yang memilikki keperibadian tinggi, berpegang tinggi pada pegangan agama dan terlalu taksub pada cintanya. Bertahun-tahun Eza setia pada cintanya, biarpun kadangkala cintanya umpama ombak dilautan, umpama air bah yang ada pasang surutnya. Biarpun dia sering disakiti dan ditinggalkan ketika diperlukan namun Eza tetap setia pada Rizal.

Azalan, lelaki misteri yang dating ketika dia kesedihan. Kehadiran Azalan sering memberi kebahagiaan kepada Eza tak kira suka atau pun duka. Apa jua keadaan Eza, Azalan setiasa ada memberi sokongan. Azalan juga pernah dikeciwakan, dihina kerana tidak milikki apa-apa.

Kehidupan manusia tak terlepas dari perasaan benci dan dendam, itulah sifat yang terbuku dihati Syella terhadap Eza tapi bagi Eza tidak pernah tersemat sekumit pun kebencian terhadap Syella. Eza sentiasa redha dengan dugaan Illahi.

Konflik percinttan menjadi lumrah dalam kehidupan, dugaan demi dugaan melanda hinggakan Eza merasa tewas dan mengalah dengan ketentuanNya. Dikala ujian melanda dia akhirnya sedar siapa sebenarnya dihatinya, siapakah insan yang mampu memberinya kebahagiaan. Azalan setiasa dihatinya, sukar untuknya memadamkan nama Azalan yang sudah terpahat dihatinya. Biarpun dia menerima Rizal namun dia tidak mampu mengusir cintanya pada Azalan. Baginya segalanya sudah terlambat kerana dia dan Azalan akan berkahwin dengan pasangan masing-masing. Rizal yang selama ini diagungkan seolah lenyap dari hidupnya, biarpun lelaki itu bakal menjadi suaminya.

Kasih sayang keluarga telah menjadi sinar kebahagiaannya. Harapan yang dianggap punah sebenarnya hanyalah anggapannya. Kebahagiaan sentiasa menantinya. Azalan adalah pengantin lelakinya bukannya Rizal seperti yang disangkakan. Kejutan ini membuatkan Eza seolah bermimpi. Azalan tidak pernah berhenti mengharap cinta Eza.

Lumrah hidup, setiap kejahatan akan dibayar secara tunai didunia diatas setiap kejahatan yang telah dilakukan, begitulah nasib yang menimpa Syella dia terpaksa menerima balasan atas setiap perbuatannya. Dia kehilangan kerja, dia kehilangan Ikmal. Ikmal menceraikannya setelah mendapat tahun bahawa dia tak boleh mengandung lagi selepas keguguran.

Epilog Cinta


Sinopsis :

Cinta umpama pelangi. Bagi Aidit, cinta Karmila ibarat dewi bercahaya dan menikam sukma. Tiba-tiba langit bagai menghempap bumi. Cinta mereka berdua terhalang kerana darjat dan keturunan.

Jiwa Aidit panasaran. Karmila pula bagaikan rentung dibakar duka. Antara darjat dan keturunan, ada seseorang yang ingin merebut cinta Karmila. Dan ada orang lain yang cuba menghalang cinta mereka.

Apakah cerita yang seterusnya? Perjalanan cerita yang berlandaskan tiga zaman ini perlu dihayati untuk mengetahui sebab dan akibat terjadinya perebutan cinta.


*********************

Pahit getir kehidupan berkeluargaan dan cinta dipaparkan menerusi tiga generasi yang sama. Bermula dengan kehidupan Karmini (nenek) yang berkahwin atas pilihan sendiri dengan Daeng Amid pemuda miskin keturunan Bugis. Ibunya Hajah Sapiah terlalu mementingkan martabat tidak dapat menerima Daeng Amid sebagai menantu.

Keperitan hidup membesarkan 5 orang anak ketika itu bukan sesuatu yang mudah. Daeng hanya guru sekolah melayu ketika itu tidak mampu untuk memberi kemewahan pada anak-anaknya Karmila, Kamal, Kamil, Khalil dan Khalid.

Karmila (Emak) seorang wanita yang cekal ingin membina kehidupan sendiri namun keperitan hidup mereka memaksa dia berkorban untuk melupakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran. Dia dipaksa berkahwin dengan pilihan emaknya sedangkan dia sudah ada pilihan sendiri. Aidit jejaka yang dicintainya dalam diam telah berjaya mengetuk pintu hatinya. Namun sudah menjadi resam kehidupan kala itu jodoh dan pertemuan ditentukan orang tua. Puas dia membantah.. puas dia merayu namun tidak seinci pun keputusan Karmini berganjak untuk menjodohkan Karmila dengan Fakri anak saudaranya sendiri. Deang Amid tidak mampu bersuara kerana semua kehendak isteri dan mertuanya. Biarpun perit Karmila terpaksa menerima hakikat bahwa cintanya dah Aidit harus berkubur.

Keindahan hidup berumahtangga tidak pernah dikecapinya. Karmila seolah tiada tempat mengadu.. dia tiada berdaya melawan jodoh yang ditentukan. Takkala keperitan hidup yang ditanggung ketika itu mengamit hidupnya dia mencari-cari kemana perginya emak dan neneknya yang suatu ketika dulu terlalu bangga dengan keturunannya yang kononnya dianggap org baik-baik. Karmila terpaksa menelan setiap keperitan hidup sendirian, tapi dia bersyukur kerana memiliki ayah yang memahami dirinya biarpun tidak mampu berbuat apa-apa. Fakri bukan sorang suami yang bertanggungjawab, kaki perempuan namun dia terpaksa menelan semua kepahitan kerana tidak inginkan perpisahan. Karmila terpaksa meneruskan kehidupan sendirian biarpun dia masih punyai suami.

Selama 19 tahun dia menanti sinar cahaya, kehadirian Cempaka Adilla Zahira memberi sinar baginya. Di usia remaja Adilla menjadi seorang gadis yang hidup penuh berdikari. Adilla diasuh dengan penuh kerikil kehidupan. Jiwanya lasak dilambung badai orang tuanya. Hatinya keras, sekeras batu sukar untuk dilembutkan.

Hizaidi menagih cinta Adilla namun tidak pernah diendahkannya. Adilla seolah serik untuk menerima cinta lelaki. Pengalaman ibunya Karmila membuatkan dia sukar untuk menerima lelaki dalam hidupnya. Cinta Hizaidi mengatasi keegoaan Adilla. Dia akhirnya mengakui sebenarnya dia menyintai Hizaidi.

Hizaidi merancang perkahwinannya dan Adilla kerana dia takut kehilangan Adilla. Dia tidak mampu menerima setiap gossip yang melanda kehidupan Adilla sebagai seorang model. Kekerasan Hizaidi telah menyatukan mereka namun belum sempat semuanya menjadi pasti, ibunya Karmila menghembuskan nafas terakhir dihadapan bekas kekasihnya Aidit yang selama ini dikenali Adilla sebagai Dato Eddy.

Fakri menyesal setiap perbuatannya selama ini mengabaikan Karmila, namun semuanya sudah terlambat.

BAYU ASMARA


Kisah yang benar-benar menyentuh perasaan anda ini mampu menjadi iktibar dalam hidup anda. Puteri Bayu Irnan merupakan bekas pelumba haram di luar negara telah insaf apabila muncul bayangan lelaki yang cuba menyelamatkan nyawanya daripada kemalangan. Sejak itu dia mencari siapa lelaki itu hingga membawanya pulang ke Malaysia.

Mimpi-mimpi yang sering dialaminya itu menjelma dan mengganggu hidupnya. Sehinggalah dia bertemu dengan Shah Asmara. Akhirnya pertemuan mereka diakhiri dengan perkahwinan. Inilah orang yang dicarinya selama ini. Namun, jodoh mereka tidak kesampaian. Bayu terima kadaq dan kadar TUHAN. Shah Asmara pergi buat selama-lamanya.

Apa yang sering merunsingkan Bayu, mimpinya datang kembali. Wajah lelaki itu datang mengganggunya. Siapa pula dia? Pencarian Bayu masih belum berakhir. Bayu perlu mencarinya. Di manakah pula dia harus mencari lelaki itu? Dapatkah Bayu bertemu dengannya?

*********************************

Karya kedua hasil tulisan Illani Mysara selepas Seindah Memori. Memaparkan kehidupan kekeluargaan dan cinta dan persahabatan yang sejati. Puteri Bayu Irnani seorang gadis yang dibesarkan dikepulauan Hawai.. hidup penuh dengan didikan keagamaan dan budaya hidup melayu yang tidak pernah pandang pada darjat.

Mimpi telah menyesakkan setiap nafas Bayu.. mengubah kehidupannya menjadi seorang muslimah sejati. Dia ingin mencari kisah disebalik kabus dalam mimpinya. Bayu kembali ke Malaysia semata-mata ingin mencari lelaki yang hadir dalam mimpinya mengganggu lena tidur sejak beberapa tahun lalu.

Arman, anak lelaki kepada keluarga angkatnya menaruh hati terhadap Bayu namun tidak mampu untuk meluahkannya namun api cemburu yang tunjukkan Arman membuatkan Bayu merasa tersisih berada didalam keluarga Arman hinggakan Bayu merasakan dirinya tidak diperlukan.

Shah Asmara, seorang lelaki yang pernah berumahtangga atas kehendak orang tuanya, namun ikatan itu terlerai kerana kemahuan isterinya. Shah menerima setiap celaan namun tidak mampu untuk menjelaskan rahsia sebenar disebalik penceraian itu.

Kisah cinta tiga segi yang menyayat hati dan penuh dengan pengorbanan telah memberi kesan yang mendalam. Bayu menemui kebahagiaan yang dicari namun kebahagiaan itu telah diragut, Shah terlebih dahulu menyambut panggilan Illahi. Bayu pasrah dan redha atas pemergian Shah namun dia harus meneruskan hidup demi zuriat yang dikandungnya.

Persahabatan Shah dan Arman telah membuatkan Arman terpaksa memegang amanat yang besar dari Shah. Namun terlalu payah untuknya melaksanakan amanat tersebut kerana cinta Bayu terhadap Shah terlalu mendalam. Arman terpaksa korbankan cintanya terhadap Bayu demi persahatan yang terjalin antara dia dan Shah.

Kehadiran Juan dan Jea telah menyatukan semula Arman dan Bayu. Namun takdir telah menentukan mereka sama-sama terkorban dalam kemalangan yang berlainan dihari perkahwinan mereka.

Kisah cinta yang sungguh menyayat hati mampu membuat pembaca menitiskan airmata.

Friday, February 16, 2007

Selamat Tahun Baru Cina



Yeahh tiada yang paling best lagi selain dari dapat cuti panjang...
hari nie kebanyakkan opis half day tapi entah kenapa hari bos tak ckp pun suruh balik awal, hampeh je... tahun2 sebelum nie takde camni.. harap2 ada la ampau ke sesikit.. emm bayang pun tak nampak langsung.. siot je.. Plan cuti nie nak ke kedah ada sedara kawin kat Gunung Keriang Alor Star.. tapi tatau la camner sebab kenduri hari selasa pastu rabu dah nak balik KL.. adeh letih arr.. Abg Man memang harap aku balik arr sebab nak gi sekali... Laki aku pun cuti tak lama gak katanya... emm camner nie ek...

Wednesday, February 14, 2007

Happy Valentine's Day


Hari nie adalah hari memperingati kekasih.. bagi muda mudi yang bercinta mesti menyambut hari nie... selama hidup aku tak pernah lagi aku menyambut hari kekasih nie. Haram bagi umat islam menyambutnya. Tadi amoi opis tu dapat bunga dari kawan dia.. cina memang selalu celebrete hari nie..

Malam nie aku tak masak lagi.. hahaha dah 3 malam berturut2 aku tak masak.. hehehe tiap2 malam kena perli gan suami aku dia kata igtkan tak masak nak makan besar kat luar aku wat tatau je.. malam tadi tak masak sebab ada pasar malam.. biasa la kalu time pasar malam memang aku jarang masak.. tapau je, senang sikit..

Pagi tadi ingat nak gi bayar instalment kete rasa malas la plak.. esok jelah..

Monday, February 12, 2007

Mula keje..

Hari nie aku dah mula keje semula selepas 19 hari aku mc.. biasa la hari pertama keje aku buat2 sibuk je... aku gan bos tak bertegur.. bengang tahap cipan aku gan dia n budak baru bahagian akaun tu.. memang bangsa cina nie kaki mengampu kuat agaknya.. tapi staff lama tu takde la seteruk sorang nie.. semua staff dah mula tak sukakan dia.. aku lagi la bengang gan minah tu.. baru hari nie dia nak kasi gaji aku.. memang sial 2 ekor tu... kalu ikutkan hati aku memang aku nak sembur je betina tu.. ada ke patut nak tunggu aku masuk baru nk kasi cek gaji.. siot je.. hari tu dah la aku mengamuk gan dia.. dia ingat aku nie baru kerja kot.. dia yelah tatau perangai bos tu.. aku nak tunggu je satu masa nanti dia mesti kena gak gan bos.. bebaru nie bleh dia ikut cakap dan bos pun mesti suke punya.. Sebenarnya bos pun tak berani ckp apa gan aku sebab dia tau aku banyak tau pasal syarikat dia.. aku yang mula disitu dari syarikat dia baru nak naik.. aku le sesorang macam lipas kudung buat segala urusan kat ofis tu.. Aku tak kisah sangat sebab dia gunakan nama aku sebagai salah seorang director.. bank signature masa tu.. manis mulut jangan cakap la masa perlukan khidmat aku.. aku pun tak kebulur nak mintak balasan dari dia.. aku lah cam banker dia.. tempat staff mintak duit masa nak pegi outstation.. cam la kompeni tu bapak aku punya.. alih2 bila aku dia nak kuarkan nama aku haram nak berbincang dengan aku.. aku punya perangai, biarpun dia bos tapi aku tak suke cara dia.. aku tak suke cara dia melayan staff lain.. aku makan gaji jugak tapi aku suka bela pekerja dari nak mengampu bos sendiri.. Kalu aku selaku admin & account masa tu tak bela pekerja siapa lagi..???

Sebelum nie Ms Shum keje tapi dia nie ok sikit.. dia punya stail cam aku gak.. tak suke wat kerja yg tak betul.. sapa dia nak salahkan.. selepas aku tak buat akaun nie dah org ketiga buat akaun takde sorang pun yang kekal.. selepas aku, Thomas amik alik.. kerje setahun.. nama je akauntan tapi keje aku buat dia cuma issue cek je.. tu aku pun bleh.. Thomas berenti sebab bos tak suke kerana Thomas dah banyak tahun hal bos guna duit kompeni untuk diri sendiri.. aku pun tahu tapi buat tatau je.. Bukan setakat tu je, partner dia sendiri pun dia bleh tentang.. adik dia sendiri pun dia bleh tendang nie kan plak staff baru...

Sekarang nie aku buat muke seposen je.. dia tak tegur.. tak jadi kudis buat aku.. dah dekat 6 tahun aku keje dgn dia.. aku tahu kelemahan dia.. nak kata bab IT nie aku lagi terror dari dia.. esok kalu aku berenti segala apa yg aku buat semua aku delete.. hahahha sekarang nie pun aku dah mula buat protection semua kerja2 aku.. takde sesiap pun bleh buka/edit kerja aku buat... Segala broucher syarikat aku yang buat... aku design ikut idea aku.. aku dah protect dah.. Invoice pun aku yang set guna format aku sendiri.. hahaha hari tu dia bising kat aku sebab masa waktu malam ada dia nk issue bil buka takleh.. esoknya dia bising gan aku.. aku buat tatau je.. Aku tau dia bukak terror pun semua tu...

Ahh.. lantak la derang asalkan tiap bulan gaji aku jalan.. emm tadi aku baru dpt tau derang nk gajikan sorang lagi account assistant.. cehhh.. berapa juta gamaknya projek dia sekarang.. sedangkan hat berapa kerat nie pun dia tak kapai2 nak bayor tiap bulan.. aku tanya amoi tu.. nak cari staff baru untuk apa.. dia ckp nak tolong dia buat akaun.. tergelak aku dalam hati.. dulu masa projek tengah byk aku sorang handle account takyah assistant pun.. dia kata bos nak rush buat audit tu sebab nak pembantu.. siot je.. cam ler aku bodoh.. aku ckp kalu nk akaun tu up-to-date suruh la dia hantar pergi audit cepat2.. nie tak tahun 2004 py akaun pun lum settle lagi camner nak continue.. bangang betul la.. ah lantak ler...

Sunday, February 11, 2007

Gotong Royong

Hari nie kat kawasan perumahan aku ada buat gotong royong.. aku malas nak campur bukan ada pompuan pun yang tolong.. baik aku gotong royong kat dalam rumah lagi bagus. Pelik betul aku setiap kali gotong royong habis pokok2 dicantas, kalu dah tak mau ada pokok watper tanam pokok.. rasa aku tujuan gotong royong nie untuk benteras nyamuk tapi kenapa lak pokok yang kena cantas, sepatutnya longkang2 la yang dibersihkan ini tak pokok yang derang tuju sedangkan longkang camtu jugak. Dah la musim panas sekarang nie kalu ada pokok tu sejuk la sikit, nak parking kereta pun takde la panas sangat... yang herannya setiap kali derang gotong royong pokok di kawasan blok aku je yang derang kerjakan sedangkan dibahagian blok sebelah dalam tu tak lak kena, kalu tengok pokok dah sama tinggi gan bangunan dah..


Laki aku lak awal pagi dah keluar, dia malas nak campur.. boring katanya.
Lantak la derang...

Thursday, February 8, 2007

Alfatihah Buat Damit


Tadi aku tengah tengok Sesuci Cinta Sofiya tiba2 ada sms masuk.. dari Tessa dia ckp gan aku kenapa aku tak bagitau dia yang forumer Amnet Damit dah meninggal dunia 2 minggu lepas.. tergamam aku sekejap dapat berita nie, cam tak percaya je.. aku terus online, semestinya berita nie dah ada kat Amnet tempat lepak dia selama nie.. emm rupanya memang betul sangkaan aku tapi nampaknya orang2 amnet pun baru tahu pasal nie sebab aku tengok tread tu baru dibuka tadi..

Aku takde la rapat sangat dengan Damit nie tapi masa aku di Amnet dulu rajin gak berbalas posting dengan dia.. bleh kata dia nie ok jugak orang nya. Dia pun pernah masuk forum aku (Onenet) , kalu tak salah aku posting akhir dia bulan nov tahun lepas.. entah kenapa time tu kerap plak dia masuk onenet. (Gambar Asraf Sinclair dia gunakan sebagai avtar dia di Onenet)

Wednesday, February 7, 2007

Endometriosis

ISU kesuburan memang cepat menjadi perhatian, terutama di kalangan pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi masih tiada anak. Tekanan akan bertambah jika ada pihak ketiga ‘rajin’ bertanya dan mendesak supaya cepat, sedangkan ia sebenarnya di luar bidang kuasa kita.

Bagaimanapun, kita tidak boleh terus berserah kepada takdir kerana kita mungkin menghadapi masalah kesuburan tanpa disedari. Antara masalah yang paling biasa melanda wanita ialah endometriosis dan fibroid.

Endometriosis dan fibroid ialah ketumbuhan benigna pada tisu berserat dan berotot yang sering menyebabkan kesakitan dan pendarahan haid berlebihan — antara punca utama yang mengganggu kesuburan wanita.

Endometriosis ialah lapisan tisu yang sepatutnya melapisi dinding dalam rahim (uterus) ada di luar rongga uterine atau pada otot rahim. Biasanya di atas permukaan organ dalam pelvik dan abdomen.

Endometriosis boleh dianggap tumor atau ketumbuhan baru (neoplasma) yang bertindak setempat dan boleh merebak. Ia bukan barah, tetapi boleh merebak seperti barah.

Malangnya, sehingga kini punca endometriosis belum diketahui secara tepat, tetapi saintis di seluruh dunia percaya ia ada kaitan dengan aliran balik darah haid ke dalam uterus (rahim).

Masalah ini dihadapi antara 10 hingga 25 peratus wanita di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Namun, tiada data mengenai jumlah wanita Malaysia yang ada masalah sama.

Namun, seperkara penting yang perlu anda tahu, endometriosis berkait rapat dengan ketidaksuburan. Ada laporan kesihatan menyatakan antara 15 hingga 24 peratus wanita yang tidak subur mengalami masalah endometriosis, manakala antara punca ketidaksuburan bagi 70 hingga 80 peratus wanita lain tidak diketahui.

Endometriosis biasanya didapati di atas atau bawah ovari, belakang uterus, atas tisu yang memegang uterus, atas usus atau pundi kencing. Dalam sesetengah kes, endometriosis boleh tumbuh di dalam paru-paru atau organ lain, tetapi kes seperti ini jarang berlaku.

Presiden Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (Mamaneh) yang juga pakar perunding kanan perbidanan dan sakit puan, Profesor Dr Nik Mohd Nasri Ismail, berkata endometriosis turut menyebabkan wanita kerap mengalami masalah sakit perut, terutama ketika haid (dysmenorrhea).

Selain itu, simptom endometriosis termasuk:
  • Sakit ketika melakukan hubungan seks (dyspareunia).

  • Sakit ketika penghasilan telur.

  • Sakit pinggang (belakang badan).

  • Rasa sakit hendak buang air, terutama ketika haid.

  • Pendarahan sebelum atau antara waktu haid.

  • Tidak subur atau sukar hamil.

  • Gangguan haid, sama ada terlalu banyak atau sedikit.

  • Gangguan kesihatan, terutama ketika haid seperti cepat penat dan tiada semangat.

    Bagaimanapun, darjah kesakitan tidak boleh dijadikan penunjuk bilangan endometrosis yang ada dalam badannya kerana ada wanita tidak mengalami masalah, walaupun saiz endometriosis besar dan sebaliknya.

    “Endometriosis adalah masalah kesuburan biasa yang dialami 80 peratus pasangan yang tiada anak. Selain mengganggu kesuburan wanita, endometriosis boleh mendatangkan masalah kepada hubungan seks dan sosial.

    “Siapa yang boleh dapat? Semua wanita yang sudah baligh boleh mendapatnya bermula daripada haid pertama sehinggalah menopaus; tidak kira berapa usia mereka. Pun begitu, ada kalanya endometriosis berlaku pada wanita putus haid,” katanya ketika memberikan ceramah kesuburan wanita anjuran bersama Mamaneh dan Schering (Malaysia) Sdn Bhd.

    Bagaimana endometriosis boleh menyebabkan ketidaksuburan?

    Setiap bulan, tisu endometrium akan membiak dalam rahim dan membentuk satu lapisan seperti dinding. Lapisan ini akan menebal pada awal kitaran haid sebagai persediaan menerima telur tersenyawa (embrio).

    Bagaimanapun jika tiada, dinding ini akan runtuh dan dibuang sebagai haid.

    Endometriosis yang ada di luar rahim juga akan mengalami proses sama seperti dalam rahim dan berdarah setiap bulan. Bagaimanapun, oleh kerana tisu ini ada di tempat tidak sepatutnya, ia tidak boleh keluar dari badan seperti lapisan endometrium dalam rahim.

    Pada masa sama, tisu ini akan menghasilkan bahan kimia yang boleh mengganggu tisu lain dan menyebabkan rasa sakit. Lama kelamaan, lapisan endometriosis ini semakin tebal dan membentuk benjolan atau sista (kantung berisi cecair) dalam ovari.

    Endometriosis perlu dibuang segera kerana ia akan menyebabkan:

  • Tiada penghasilan telur.

  • Folikel tidak pecah.

  • Luteolisis.

  • Oosit tidak matang.

  • Hubungan seks menjadi sakit dan ini mengakibatkan ia jarang dilakukan.

  • Kadar keguguran yang tinggi (45 peratus).

    Dr Nik berkata, endometriosis boleh wujud di dalam ovari, belakang rahim, di atas otot rahim, usus kecil, vagina dan kadangkala di paru-paru. Ovari boleh jadi besar dan bengkak jika dipenuhi endometriosis.

    Malah, endometriosis juga boleh menyebabkan kerosakan fungsi tiub fallopia, ovari serta menjadikan organ dalam pelvis berparut dan melekat antara satu sama lain yang lebih menyukarkan seseorang wanita itu untuk hamil.

    Seperti dikatakan tadi, endometriosis bukan barah dan ia boleh dikesan melalui pembedahan laparoskopi, tetapi pesakit perlu mendapat rawatan segera kerana endometriosis adalah penyakit yang sentiasa ‘berkembang’.

    Fibroid dalam rahim pula adalah masalah ketumbuhan paling biasa yang dihadapi antara 20 hingga 40 peratus wanita, terutama selepas 35 tahun. Ia boleh wujud sendirian atau berkumpulan; ada juga pesakit yang mempunyai 200 fibroid dalam rahimnya.

    Malah, fibroid boleh wujud di pelbagai tempat, tetapi biasanya di dalam atau luar rahim, serviks dan ligamen besar. Kebanyakan fibroid bersifat asimptomatik atau tidak menunjukkan gejala penyakit.

    Antara simptom utamanya termasuk perut buncit yang ketara, sakit (disebabkan berlakunya jangkitan) dan memberi tekanan pada pundi kencing, mengakibatkan pesakit sukar membuang air kecil.

    Ada kala pesakit juga mengalami sindrom urat timbul (vena varikos) terutama jika fibroid terlalu besar, sembelit serta gangguan kitaran haid, sama ada haid menjadi banyak dan menyebabkan anemia, berdebar-debar, lesu serta sakit dada.

    Dr Nik berkata, tanda fibroid lain adalah apabila uterus membesar dengan bentuk dan permukaan tidak sekata, keras dan boleh bergerak. Kadangkala ia boleh wujud bersama endometriosis.

    Bagaimana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan?

  • Fibroid menyempitkan ruang dalam rahim dan menghalang embrio daripada melekat di dinding rahim (yang berlaku pada hari keenam dan kelapan) selepas persenyawaan (ovulasi).

  • Permukaan fibroid tidak mampu menjadi tapak perlekatan embrio kerana ia kekurangan bekalan darah dan embrio yang melekat padanya akan mudah gugur; menyebabkan keguguran.

  • Lapisan uterus boleh mengecut atau mengembang; kedua-duanya tidak sesuai untuk perlekatan embrio.

  • Kehadiran fibroid boleh menghalang pergerakan sperma ke salur tiub fallopia.

  • Fibroid pada serviks boleh mampat ke saluran serviks dan mengubah kedudukan serviks ke tengah vagina selepas hubungan seks.

  • Fibroid yang besar mungkin menolak ovari jauh dari rahim menyebabkan ovum (telur) sukar untuk disenyawakan.

    Dr Nik berkata, pesakit tidak memerlukan rawatan jika saiz fibroid kecil dan tidak menyebabkan masalah, tetapi biasanya semua fibroid dibuang melalui pembedahan.

    Ada dua jenis pembedahan, iaitu miomektomi (pembuangan fibroid saja) yang biasanya dijalankan jika fibroid tidak terlalu besar ke atas pesakit muda dan masih mahu mendapatkan anak, atau histerektomi iaitu pembuangan seluruh uterus.

    Namun, jenis kedua ini hanya disarankan kepada wanita berusia 40 tahun ke atas yang tidak lagi mahu mengandung.

    Kadangkala, fibroid tidak terlalu besar tetapi boleh menyebabkan banyak pendarahan dan mempunyai banyak polip dalam ovari. Dalam kes begini, pembedahan perlu dijalankan segera, tetapi doktor akan berbincang dengan pesakit sama ada ovari mereka perlu dibuang atau sebaliknya.

    Dalam kes fibroid yang menyebabkan pendarahan haid yang banyak, Dr Nik mencadangkan supaya mereka memakai alat dalam rahim (IUD) yang mengandungi hormon levonorgesterel bagi mengurangkan pendarahan dan membantu memperlahankan pertumbuhan fibroid.

    Bagi pesakit muda, alat ini juga boleh membantu mengekalkan kesuburan manakala di kalangan wanita berusia, IUD mengawal masalah haid, mengelakkan kehamilan dan menyediakan rahim jika pesakit mahu menjalani rawatan penggantian hormon.

Monday, February 5, 2007

Hari yang membosankan..

Entah kenapa hari nie agak membosankan.. pepagi lagi kakak aku sms tanya pukul berapa nak gi sepital.. lepas athirah gan abah dia keluar aku mandi.. terus bersiap ke sepital pukul 9 rasanya... lor apa la org tua nie.. dia tak perasan ghupernya appointment dia esok 6/2 bukan ari nie.. ceh nasib baik gi gan aku kalu laki dia yang anto sure kena sembur punya.. alang2 dah ke kajang aku terus je ke JPN amik mykad aku.. eemm nasib kat jpn tak ramai amik no terus panggil.. pukul 10.30 dah balik, lepak kat kedai makan jap.. aku lum sarapan pagi lagi.. sementara tu tunggu athirah gan anis balik.. malas lak kalu dah balik nak keluar balik..

Lepas anta athirah sekolah baru aku balik rumah.. tetiba rasa boring lak.. lepas tengok berita aku terlelap sekejap.. biasanya pukul 2.30 tengok BMBP tapi minggu selepas dah abis ganti cerita baru Ratapan Anak Tiri.. best gak citer nie, sedih..

Kepala aku rasa berdenyut je.. entah kenapa sejak aku cuti nie setiap ari kepala rasa sakit.. apa taknya agaknya aku asik tido je ko... abih apo laie kojo den dok sensorang kat rumah wat taik mata le.. nak online selalu pun malas gak..

Alamak Edfazly ym la plak.. borak gan dia kejap.. dah lama tak chat gan dia..

Saturday, February 3, 2007

One Special Night

As I sit here gazing out the window,
Instead of working, I’m daydreaming of you...
And wondering if while you’re in your own world,
You’re thinking of me too.

I reminisce about the day we met and how you made me feel,
Looking at the glowing smile on your face,
Staring into your dreamy blue eyes,
Your smell, your touch, your warm embrace

What a special night that was...

And now, I’m starting to feel that warmth inside,
Like nothing or no one else can make me feel...
Butterflies, a constant smile, happy thoughts,
Looking forward to the next time we meet.

What lies ahead, down the road to love?
Can it possibly be what I’ve been hoping for?
All my goals, dreams, passions, hopes...
Glaring now before me with great anticipation.

No one knows what tomorrow brings...
One can only wish and believe...
I have abounding faith that God will take care of me,
And bring the right person into my life.

Could it be you?
Time will tell...
I feel a special bond starting between us,
And so I’m truly hopeful that it is (you).

Friend

There's nothing as nice as someone who shares,
your laughter,
your secrets,
your wishes and cares,

someone who's there through your good times and tears,
who stays by your side as your friend through the years.

*******************************************************

If I could catch a rainbow
I would do it just for you,
And share with you its beauty
On the days you're feeling blue

If I could build a mountain
You could call your very own,
A place to find serenity,
A place to be alone

If I could take your troubles
I would toss them in the sea,
But all these things I'm finding
Are impossible for me

I cannot build a mountain,
Or catch a rainbow fair,
But let me be what I know best,
A friend who's always there

Friday, February 2, 2007

Apa ek.. dah bosan rasanya..

hari nie dah seminggu aku mc.. bosannya rasa.. duduk sensorang kat rumah.. asik baring je.. apa lagi aku leh wat.. lepas anak gi sekolah tu jelah kerja aku selain tengok tv.. semalam aku tak bosan sangat sebab cuti thaipusam.. anak aku cuti ada la teman wat gaduh kat rumah.. sehari suntuk aku kurung je dia kat rumah.. apa lagi mengadap komputer le kerja dia.. aku lak mengadap tv..

Sakit perut aku dah takde lagi.. dah leh melompat gah rasanya.. tapi aku masih berpantang lagi.. ceh mengalahkan orang beranak lak..

Thursday, February 1, 2007

JANJI KASIH


Perkahwinan yang berkecai di tengah perjalanan usia ke hari tua antara ibu dan bapa Saliwati menimbulkan pelbagai dugaan hidup. Ibunya berkahwin lain dengan lelaki yang jauh lebih muda daripada usianya. Namun, bapa tirinya bukanlah seorang lelaki yang bertanggungjawab sehingga sanggup merosakkan masa depannya.

Zahim, kekasih lamanya berada di persimpangan apabila dia disuruh berpoligami oleh isterinya. Saliwati terperangkap antara cinta Zahim dengan Huzairi yang kematian bapa akibat tragedi tsunami.

Apakah yang akan dilakukan oleh Saliwati? Perlukah dia hidup bersama dengan Zahim atau menerima cinta Huzairi? Apakah janji-janji yang dilafazkan oleh isteri Zahim?

***************

Best novel nie memaparkan realiti kehidupan manusia masa kini..