Saturday, June 30, 2007

HADIRNYA CINTA

Tika kaki melangkah jauh meninggalkan segala-gala yang disayangi itu di sini, tiada siapa yang tahu, perjalanan itu turut membawa hatinya yang hancur berderai. Di kejauhan, dia cuba mencari kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan. Dalam meniti bilahan hari, tanpa dia sendiri menduga, kepingan hatinya yang hancur dikutip dan dirawat dengan kasih sayang yang mengasyikkan. Dia mula dibelai perasaan suci itu sekali lagi. Dia melihat dirinya kembali direnda kebahagiaan dan keindahan. Dia melihat hari depan ditandai tinta emas.

Namun kedukaan tak pernah jemu mendekatinya. Dia dibenci dan dianiaya hanya kerana dia disayangi dan dicintai.Apakah dia tidak berhak bahagia seperti insan lain? Apakah resminya begitu, bahagia hanya mengejar mereka yang melorek dunia dengan harta?


**************************************************

Aku baru saja selesai tamat baca novel nie.. jalan ceritanya agak menarik. Tak kala kita mula membaca ia akan membuatkan kita rasa rugi untuk tidak meneruskan pembacaan kita sehingga tamat. Jalan cerita yang teratur membuatkan kita ingin terus membaca hingga ke akhir. Titipan kisah hidup gadis bernama Aliya yang keciwa dalam cinta pertama hingga membawanya ke luar negara mengharungi kehidupan dirantauan. Dia menyintai Zaidi dalam diam. Zaidi jirannya sejak kecil merupakan taman rapat dan juga sahabat diwaktu dibangku sekolah hingga membenihkan bibit-bibit cinta dihati Aliya terhadap Adi namun cinta Aliya tidak kesampaian kerana pada Zaidi dia hanya mengganggap Aliya seperti adiknya sendiri. Dalam kekeciwaan hati Aliya dia terpaksa merestui hubungan Zaidi dan Kamilia rakan sekolahnya. Aliya menerima tawaran belajar ke luar negara dan ingin membawa bersama kenangan bersama Zaidi. Biarpun harapannya hancur untuk memilikki cinta Zaidi namun cintanya terhadap Zaidi tidak pernah pudar.
Diperantau hati Aliya benar-benar tersentuh bila menerima setiap email dari Zaidi yang mengutuskan gambar-gambar saat bahagianya dengan Kamilia. Aliya memendam api cemburu hanya pada Haikal tempatnya mengadu. Haikal jejaka yang menaruh hati padanya tanpa disedarinya. Setelah menamatkan pengajian selama 4 tahun Aliya pulang ke tanah air dan membawa bersama cinta Haikal.
Novel nie agak dramatis jugak, kalau kita benar-benar menghayatinya ia mampu menitiskan airmata.

Wednesday, June 27, 2007

TITIPKAN AKU BAHAGIA - SITI ROZILAH


Hidup Syakila pernah ditabiri warna kusam.Amat kontras warna-warna kehidupan yang pernah dan akan diloreknya.Namun bayangan silam kerap mengitari dan memerangkap.Nama lelaki telah dipadamkan dari mata hatinya,namun mengapa lelaki juga yang kerap mengejarnya? Dia telah berlari menjauhi lelaki.Dia ingin mencipta bahagia sendiri bersama teman-teman,namun mengapa sering kali gagal? Kerana lelaki,dia dibenci dan didendami oleh sahabatnya sendiri...

*******************************************************
Keseluruhan jalan cerita agak menarik jugak. Tapi tatau mengapa aku mengambil masa yang lama untuk tamatkan novel nie. Rasanya bukan salah jalan cerita novel nie tapi mungkin mood aku takde. Bila aku cuba kembali menghayati cerita ni hingga akhir ia boleh aku anggap menarik. Novel nie memaparkan kehidupan seorang model bernama Syakila. Kisah hidupnya yang penuh dengan sejarah hitam. Anak yang terpaksa berpisah dengan ayahnya sejak dilahirkan setelah kematian ibunya.

Perjalanan hidupnya penuh dengan ranjau berduri tika dia dijadikan wanita simpanan oleh seorang lelaki yang amat dicintainya. Kerana sejarah hitam itu juga dia menjadi seorang gadis yang mempunyai prinsip hidup yang kuat. Pada awalnya penulis tidak menceritakan sejarah hitam yang dialami Syakila, ini membuatkan pembaca ingin terus membaca untuk mencari kisah sebaliknya. Satu demi satu kisah diceritakan membuatkan jalan cerita lebih menarik.

Wednesday, June 13, 2007

MC aka Ponteng

entah kenapa bangun subuh tadi Athirah demam.. malam tadi lagi dia mengadu tak sihat. Pagi aku bawak dia ke klinik dah terlanjur tu aku amik mc aku sekali...

Tuesday, June 5, 2007

Apa nak jadi tah...

2/6/2007 aku balik kg lagi.. emergency je.. sebelum tu ada la suami aku cakap dia nak balik kg ada hal katanya, takde lak dia pelawa aku. Aku pun buat tak kisah jelah sebab dia kata nak tumpang Along balik.

Malam tadi aku ingat suami aku balik dah.. malas aku nak tanya tapi pukul 11.30 dia balik merungut2 katanya kereta dia kena towing rosak masa nk ke rumah Along.. entah apa dia bebel tatau la.. esoknya aku ingat dia nak balik sorang naik bas sebab Along ada call tanya dia dah balik ke belum.. Ish pelik gak aku apa hal lak semua adik beradik dia balik.. kata Along nak buat doa selamat.. tapi aku tau sebenarnya derang nak buat baca Yassin sebab hp adik dia yg kawin tu hilang masa kenduri tu.. derang bengang sebab dah byk kali rumah tu hilang barang.. sebelum nie barang kemas mak mertua aku kena kebas.. sebelum tu pulak barang kemas adik ipar aku masa kawin dia... tapi masa tu tak perasan sgt.. tapi kali nie derang sekeluarga tak tahan coz ada pencuri dalam keluarga.. Memang derang dapat agak siapa punya angkara sebab masa petang barang tu hilang takde org luar semua ahli keluarga je. Malas la aku nak cerita tapi aku memang pening kepala dgn keluarga mertua aku nie macam2 kerenah ada.. tak pernah aman nasib baik la aku jauh kalu tak sure bercakar jugak.. buat masa nie aku gan keluarga dia ok lagi la tatau la esok lusa camner.. Harap2 takde masalah la..

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak updated blog nie.. takde masa. So hari nie aku cuba updated semula apa yg terjadi beberapa minggu lepas..

25/5/07 aku nak ucapkan selamat pengantin baru buat adik ipar aku dan pasangannya Edy.. Nie perkahwinan terakhir dalam keluarga belah suami aku sebab nie adik ipar aku yang bongsu sekali.. Huh!! nasib le yang last kalu ada lagi aku awal2 lagi angkat tangan.. letih giler.. orang seronok aku rasa cam nak pengsan je..

Aku cuti 4 hari.. malam jumaat aku balik sampai kg pukul 2 pagi.. nie mmg jadual biasa untuk kita org travel balik kg.. Subuh hari jumaat pepagi lagi mak aku dah kejut aku bangun gi rumah mak mertua aku.. emm kebetulan mak aku jadi tukang masak untuk kenduri nie so secara tak langsung aku kenalah jadi assistance dia.. Dari awal lagi kak ipar sulung aku dah pesan mintak aku masak lauk pengantin ish..ish.. bab nie aku memang slender punya.. kalu setakat tolong tu ok lagi kot..

Aku dah faham sangat kerenah ipar2 aku semua tu.. semua takleh nak harap sangat.. adatlah menantu2 le yang teruk.. hari tu dari pukul 7 pagi aku ke rumah mertua sampai 1 pagi baru aku balik tido.. nasib la rumah dekat.

Emm hari nie jugak derang nikah.. pelik gak aku kenapa tak buat je esok masa kenduri takde la susah.. oo patut la tok kadi tu dah kumpulkan 3 pasangan lain utk dinikahkan serentak pada hari tu.. majlis tu kat masjid pasir putih ipoh.. kat mana aku pun tatau ler... sebab aku tak amik port sangat bab tu..














Majlis Akad nikah - Masjid Pasir Puteh Ipoh














Posing sebelum akad nikah.














Alamak aku baru perasan mamat pengapit tu bekas pekerja kat tempat aku nie.. ceh memang aku tak perasan langsung ari tu...














gambar kenangan anak menantu perempuan masa di rumah pengantin lelaki di Kg Expo Kemunting Taiping..