There is only one happiness in life, to love and be loved. Love is like a mountain, hard to climb, but once you get to the top the view is beautiful.
Wednesday, January 31, 2007
Dakapan Rindu.. Fatin Nabila
Baru habis baca malam tadi.. sehari je aku habiskan novel nie.. ceritanya best gak.. hehehe tu yang cepa habis kot.. Kisah cinta Suraya dan Ezahar.. emm mereka terpaksa berpisah selama 2 tahun kerana Ezahar akan melanjutkan pelajaran diluar negara.. sepanjang Ezahar disana dia tak pernah menghubungi Sue walaupun sekali tapi Sue tetap setia dengan cinta Ezahar. Sue terpaksa menyembunyikan cinta mereka dari pengetahuan keluarga kerana ayah dia terlalu tegas.. Tapi kerana kemerosotan perniagaan ayahnya telah mendapat bantuan dari seorang kwn baiknya bergelar Datuk.. Isteri datuk, Datin Aminah berkenankan Sue dan ingin menjodohkannya dengan anaknya yang baru pulang dari luar negara, Norman.. Sue terpaksa akur kerana keadaan yang memaksa.. dia dicemburui kakaknya sendiri kerana disangka ingin merampas tunang kakaknya sendiri Adnan sedangkan Adnan hanya bertepuk sebelah tangan. Dia dan Norman membuat perjanjian dan mereka bersetuju untuk bertunang tetapi selepas kepulangan Ezahar dia akan kembali pada Ezahar kerana cintanya terlalu setia buat Ezahar.. Dalam diam Norman terlalu menyayangi Sue tapi dia memendam rasa kerna berpegang pada janji.. Sue juga merasakan sesuatu dalam dirinya.
Jeng..jeng..jeng.. suspen gak yang last tu.. tapi akhirnya cinta sue milik Norman juga kerna ternyata setelah kepulangan Ezahar semuanya terbongkar.. tapi Ezahar masih cuba menduga kesetiaan Sue namun dia harus melepaskan Sue.. dan dia akui dia tak setia pada cinta sue..
Percayalah..
Aku baru habis baca novel percayalah.. rasanya nie la novel paling lambat aku nak abiskan bukannya apa jalan ceritanya slow sangat naik bosan aku dibuatnya.. nasib la aku dok cuti sekarang kalu tak jawabnya sampai sudah aku tak baca novel nie.. tapi bila dah baca separuh baru rasa best sikit.. masa mula2 keluar dulu sinopsis dia aku baca kat sokabar cam best je.. Novel nie bukan terbitan Alaf21.. apa tah lupa lak aku..
Sinopsis Novel
Perjalanan hidupnya tidak seindah yang diharapkan. Dia hilang kasih dan terpinggir dari sayang seorang ayah. Dia lupa akan jati dirinya sebagai Danial Wolfgang. Dia rasa terpenjara dalam kehidupan ciptaannya. Sehinggalah dia bertemu… Nurnya.
Nur Atiqah, gadis Melayu yang hadir di tengah-tengah kelompok budaya yang berbeza. Datang dengan harapan untuk melunaskan satu cita-cita . Namun tanpa disedari dia juga tidak boleh menolak sebuah perasaan yang hadir dalam diam.
Stuttgart... di situ mereka ditemukan; pada saat putih salji yang jatuh menjadi saksi dan rasa yang bertunas tersimpan dalam-dalam. Benarkah daun-daun mapel belum berhenti berguguran? Masihkah ada waktu untuk mereka merasai hadirnya musim bunga? Sedangkan mereka masih jua menyendiri dan membawa jauh-jauh satu rasa itu. Duka lara tiba lebih dahulu sebelum segalanya terjadi. Mampukah badai meleraikan pautan hati yang seteguh gunung salju itu? Mungkinkah, kisah mereka bagaikan sungai- sungai yang pasti bersatu di muara?
Mana mungkin lagi untuk ombak perasaanku ini mampu menghempas pantai hati mu, Atiqah... kalau sudah ada benteng di situ? ~Danial Wolfgang
Mengapa Danial, kau tetap tidak pernah jemu-jemu memerhati kamar hatiku ini dalam remang-remang cahaya lampu oren itu? ~Nur Atiqah
Tuesday, January 30, 2007
Dah semakin pulih...
Baru beberapa hari kat rumah dah mula rasa boring.. petang semalam lepas athirah pegi sekolah aku dah taktau nak watper.. kepala aku rasa sakit sikit2.. mungkin sebab aku kena panas kot.. pukul 1 suami aku balik.. watper tak aku tak tanya lak.. kejap je pun.. aku baring je atas katil.. sehari suntuk aku tak masak pun.. aku hanya makan roti je.. masa nie le aku nak berdiet pun.. malam suami aku balik lewat... dia masak mee je hahaha rasakan kena dera... nasib la dia tak merungut.. petang semalam aku siram pokok.. masya-Allah sampai pukul 11 mlm aku lupa nak tutup air.. aku betul2 lupe.. nasib tak kena marah gan dia.. patut la dia pasang air tangki tak penuh2.. hahhaha..
Time cuti2 camnie la aku free nak updated blog pun.. sembang gan Puteri Iza jap.. lama tak dengar citer dia.. dia call citer pasal dyme.. entah ler apa nak jadi gan mamat tu.. lantak la dia malas aku nk amik tau lagi..
alamak dah kul sebelah la.. nak amik anak dara aku lak... chowwwwwwwwww...
kalu rajin jumpa lagi esook....
Discharge....
Off drip kata doktor chong.. yesss... senang sikit aku bergerak.. tengahari nanti aku bleh discharge... aku talipon suami bagitau.. kebetulan ari nie dia amik cuti sebab mmg dia jangka aku akan keluar ari nie.. Aku call adik aku kat kg... dia bagitau mak on the way nak datang rumah aku.. lorr ari tu aku dah ckp takyah ler datang.. bukan teruk sgt pun.. mak aku memang camtu risau sangat dia.. tambahan lak dia nak tengok kakak aku yang patah tangan tu sekali..
Bila off drip baru aku bangun pegi cuci muka.. hahhaha nasib takde air liur basi.. Lepas amik athirah dari sekolah agama suami aku terus dtg jemput aku balik...
Ahlamdullillah semuanya berjalan lancar.. cuma sekarang aku kena berpantang cam org bersalin je.. aku susah nak bangun bila aku baring camtu la sebaliknya.. bila dah duduk susah nak baring sakit bahagia perut tu.. kesan lebam nampak kat belah kanan.. bahagian yg derang buang cyst tu..
Monday, January 29, 2007
Operation Day...
Malam aku tidor lena sampai pagi.. lena sangat.. sejuk je tak macam malam sebelumnya...
Operation
Doktor Sobha doktor yang jaga aku masa dlm wad tu... lepas balik dari bilik gyna doktor sobha bagi aku beberapa borang untuk pembedahan dan surat untuk darah kalau aku kehilangan banyak darah nanti derang akan masukkan darah.
japgi sambung nak gi amik athirah gan anis kat sekolah agama jap..
sakit2 pun bawak kete no hal... hehehehe.. nak aktive sangat tu takde la..
Friday, January 26, 2007
Selamat Hari jadi Syafiq - 2 tahun
Wednesday, January 24, 2007
Macam2 ragam...
Tengah merajuk tu.. nakal betul dia nie..
Entah apa kenanya dia nie aku pun tatau la.. cam orang keciwa je.. nie mesti ada yang dia nak punya..
Aksi nie nama dia wekang.. sebab dia suka angkat tayar belakang. Nie rasa basikal dia yang ke 3 selama umur dia baru nak masuk 2 tahun nie. Sebelum nie motor kecik tu yang guna bateri tu.. huh jangan harus sapa sentuh marah dia..
Monday, January 22, 2007
Lorrr camno tuh..???
Aku pun tak tau semalam sebab derang tak bagitau pagi tadi masa nak anta barang athirah ke rumah dia baru Atikah cakap mama dia kat sepital.. terkejut gak aku..
apo nak kato dah nasib...
Saturday, January 20, 2007
Selamat Menyambut Awal Muharram...
Thursday, January 18, 2007
Amik darah lagi...
Petang masa aku amik athirah kat sekolah sempat bersembang gan kawan.. dia ada pernah kena endemotriosis gak.. tapi dia cakap dia kena teruk.. sakit je.. kerja takleh buat.. angkat berat takleh.. aku bernasib baik sebab takde rasa apa2 pun.. setiap kali pegi check-up doktor selalu tanya sakit ke tak.. aku kata tak.. so doktor takleh wat apa2 la sebab size dia tak berubah dari dulu.. 5 x 4 camtu..
Friday, January 5, 2007
BUATMU KEKASIH
Tanpa Fikri, dunia Ika tidak bermaknaTiada Lukman, betapa sepinya hati Farah.Betapa getir dugaan, Fuad tetap milik Umairah.Meski bertahun terpisah, hati Zainal hanya untuk Kay.Dan cinta suci Hanif, adalah memori terindah Intan Azureen.
Tahun berlalu... kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan kebahagiaan, namun hakikat kehidupan bukan seindah yang diaharapkan. Ada jiwa yang terluka, ada perasaan yang tersentuh, ada hati yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba diatasi sebaik-baiknya.
BUATMU KEKASIH, menggambarkan betapa akrabnya kita dengan watak-watak dalam karya terdahulu hingga merasakan bahawa mereka turut menghirup udara yang kita hirup, tinggal di bawah langit yang sama dan juga berlampukan sinaran bulan yang satu.
************
Salah satu koleksi aku tapi aku belum baca sebab bagi adik aku pinjam.. sebenarnya Buatmu Kekasih nie adalah kesinambungan 5 buah novel Aisya Sofea yang terdahulu.. Jauh ( Fikri dan Ika), Jendela Hati (Farah dan Lukman), Kau Untukku (Fuad dan Nurul), Sehangat Asmara (Zainal dan Kay) dan Gelora Jiwa (Hanif Ashman dan Intan Azureen)...... takleh nak komen sebab belum baca..
Thursday, January 4, 2007
Malang tak berbau...
Kemarin aku kena langgor kat depan ari nie apa punya malangnya kena hentam lagi sekali kat belakang... apa punya buduhnya org tu.. kereta aku baik punya parking suke ati die je nak langgor.. Masa tu aku tengah standby nak balik dah.. tiba2 bell pintu opis bunyi.. aku tengok dari CCTV nampak akak kilang printing depan tu datang, apa lak dia nak.. tetiba.. "Lizaaaaaaaaaaa" jerit Uncle See Toh... kebetulan masa tu aku ada incoming call lak.. uncle tu jerit dari tingkat bawah je.. "Liza u punya kereta kena langgar..." berderau kejap darah aku... sempat gak aku membebel.. apa kejadah langgor kete aku.. sah org tu tatau bawak kete... aku buat relek je... Ya Allah pesai ramainya orang kerumun kat kete aku... kebetulan masa tu kilang printing tu dah nk tutup so pekerja dia semuanya dah standby kat depan le.. member aku pun ikut la turun sama gan aku.. aku tengok.. sebuah kete waja park kat sebelah kete aku... pelik gak aku camner dia bleh langgor kete aku... sah lesen kopi org nie.. dia ckp kat aku... "U muslim I muslim... u help me Allah help u" ceh.. punya la baik ayat dia.. aku ingatkan melayu ghupernya pakistan siap bertopiah lagi.. Aku pun apa lagi takde ckp banyak.. aku suruh je dia ganti.. so aku terus bawak dia gi workshop.. aku ajak Chen temankan.. nasib la takde apa2 sgt cuma cover lampu belakang sebelah kiri je pecah.. Dia bayar... aku suruh dia ganti hat original dia tak mau.. hampeh betul.. ada ke patut dia ckp tukar hat pecah tu je.. benggong punya olang.. benda tu dtg satu set.. original cost dia RM160.00 je.. tapi dia kata tak cukup duit.. cilakak punya olang... dia cuma bagi aku RM100.00 je so terpaksa le aku tukar yg local punya 70 hinggit je.. apa bleh buat...
Wednesday, January 3, 2007
Back To School.. 2007
Hari nie sesi persekolahan 2007 bermula.. sebulan bercuti dah masanya pegi sekolah balik.. pagi tadi hantar anak ke sekolah ugama.. petang pulak sekolah rendah.. macam2 ragam anak2 dihari pertama persekolahan nie.. teringat zaman sekolah dulu..
Sebelah pagi aku hantar Athirah kat sekolah agama.. pukul sebelah amik dia.. pukul 12.45 lak hantar dia kat sekolah rendah lak.. biasa la hari pertama nie memang kelam kabut sikit sebab ramai ibubapa dtg sebab nak bayar yuran.. aku beratur gak.. tapi bosan lak tunggu.. lembab betul cikgu kelas tu.. sorang penjaga pun dia amik masa sampai dekat 15 minit nak terima duit yuran.. aku malas nak tunggu sebab nak tengok cerita Bawang Merah Bawang Putih... so aku pun blah le. Masa keluar dari sekolah tu... kat persimpangan tu jalan agak sesak jugak.. didepan aku ada keta iswara merah.. kebetulan berselisih dengan bas sekolah.. kat lorong tu memang agak sempit sikit.. masa tu kat simpang tiga.. kalu kete depan aku tak reverse ke belakang sikit mmg bas tu tak lepas nk belok.. yang aku geram tu.. kete depan aku tu.. takde le dia nak toleh kebelakang main belasah je dia undur apa lagi.. dummm ler... aku pun cepat2 tekan hon kete... pastu aku ke tepi.. tengok kot2 apa kena gan kete aku.. nasib takde apa cuma ada kesan calar sikit je.. yang aku geram tu... akak tu haram dia nak keluar tanya.. buat muka seposen je... padahal dia tau dia dah langgar aku.. aku selamba je jerit.. "bodoh ke.. nak undur pun tengok la belakang dulu..." cina workshop sebelah tu ckp " huh nasib takda apa2"... Biasa la kan.. kalu bawak keta mesti ada kemalangan.. tak org langgar kita langgar org.. tapi baik org langgar dari kita yg langgar...
Monday, January 1, 2007
SEMUSIM RINDU
Sinopsis : SEMUSIM RINDU
Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...
Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...
Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?
Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?
**********************************
Nie pun koleksi adik aku... tumpang baca je.. kisah nie penuh dengan tanda tanya..