There is only one happiness in life, to love and be loved. Love is like a mountain, hard to climb, but once you get to the top the view is beautiful.
Monday, August 13, 2007
Balik kampong...
Lepas balik kerja aku masa macam biasa tak sangka plak dia jadi balik kampong. Dia balik rumah pun dah dekat pukul 10 mlm. Dia tanya athirah nak balik kg ke tak.. athirah kalu aku tak balik dia pun tak mau balik.. Nasib baik le aku dah basuh kain baju cuma belum jemur je lagi.. apa lagi cepat2 ler aku jemur kain baju dengan packing barang.. Tak bawak banyak baju pun cukup untuk 2 hari sudah ler. Pukul 11.00 bertolak sampai sana pukul 2, macam biasa la, kalu tak singgah kat Tapah tak sah.
Hari sabtu aku pergi service kereta.. dah sampai masa tukar minyak hitam. Lepas accident nie macam2 hal kete tu.. malam masa belum bertolak nasib baik aku check air, dekat separuh botal aku masukkan air, selama nie taknah plak air kering. Lampu kecik pun 2-2 side tak menyala, terbakar. Temperature tak naik. Masa service pomen tu isi lagi air. Sah mesti ada leaking kat mana2.. mungkin radiator bocor kot.
Malam laki aku ajak lepak kat kolam ikan tengok orang mancing.. sampai pukul 2.30. Balik rumah tengok tv sampai pukul 5 pagi.. pagi dekat pukul 10 baru bangun.. amek ko.. Tengahari makan laksa kat rumah abang aku, biasa la tiap2 ahad derang buat laksa. Pukul 5 bertolak balik sampai rumah pukul 8..
Hari nie ponteng keje.. letih giler.. tak cukup tido rasanya..
Friday, August 10, 2007
Alahai
Dalam masa bersembang tu, sempat plak aku amik gambar guna hp, sama dgn dia.. kita orang sama2 mms kan gambar masing2. Dah lama benar rasanya tak jumpa dia sejak kita orang perang besar dulu. Pelik tapi ajaib ler, walaupun pernah gaduh tapi kita orang still boleh kawan lagi sampai sekarang. Kenapa ek..??
Dia ajak aku lunch sama2 hari nie tapi dah tak sempat kot, tak koser aku nak drive ke Putrajaya dah ler waktu tu dah pukul 12.30.. ish biarlah dia pergi sembahyang jumaat.. tak baik.. berdosa.. double dosa tau..
So, we decide to meet one sweet day, entah bila tatau ler teman. Apa2 pun aku tak mau sejarah lama berulang kembali.. tak berani nak bermain dengan api sebab nanti ramai yang akan merana.. Macam selalu dia mesti sebut kata2 azimat.. entah betul atau tak aku sendiri tak pasti.. Bagi aku cukup sekali semua nie berlaku.
Tuesday, August 7, 2007
Macam2 cerita...
Oh ya sekarang nie aku tengah jual barang Satinni, saje je suke2 dapat gak income sikit.. nie pun aku guna account kakak aku sebab dia takde modal nak buat kalo ada orang order banyak2.. aku pun takde sangat modal tapi kalu barang harga seratus lebih tu aku kasi 2 kali bayar.. buat masa nie byk jugak org amik.. bukan susah sangat kalu org nak cadar ke.. kasut ke.. handbeg , aku order je dalam masa 3-4 hari dapat le barang.. kalu setakat 30-40 ringgit tak koser aku kan kasi bayar banyak kali.. kalu nak bayar banyak kali baik suruh derang hutang dengan bai lagi bagus..
Emm nie lagi satu mamat yang buat aku sakit jiwa tahap cipan. Kalu aku bercerita pasal dia, dia giler meroyan bila aku diam dia buat dek je.. diam2 aku pun tiap2 bulan aku sms kutip utang haram nak dilayan. Kalu nak dulu lembutnya bukan kemain tapi takpe atas dunia biarlah dia hidup dengan berhutang akhirat nanti sendiri mau ingat la.. takkan aku halalkan pun. Kadang tu bukan aku tak kesian sebab kawan tapi nie lah jadinya sebabkan kesian kita kena pijak macam ler kita pulak yang berhutang dengan dia. Kalu tak silap aku dah dekat 2 tahun dah sampai sekarang tak bebayar lagi.. takpe..takpe biarkan dia.. oh ya aku masih simpan lagi bank-in slip dia.. nanti ler aku nak scan pastu tempek kat cni..
Wednesday, August 1, 2007
MC lagi.. tak tipu punya..
Macam biasa waktu pagi gi rumah kak Na hantar barang Athirah. Awal ler plak sampai opis pagi nie, lepak kat kedai makan kejap, borak2 dengan akak kedai tu, kasi dia cadar yg dia order dari aku aritu, dia bayar separuh je dulu. Dia cakap dia nak bayar duit repair mesin basuh dia lagi, kena 2 ratus lebih.
Masa aku tengah minum tiba2 aku rasa cam pening2 lalat, semacam je. Rasa cam loya2 tekak. Aku cepat2 balik opis. Dah takleh buat apa2, rasa pening loya je. Aku pejam mata rasa gelap semacam, aku muntah… Pukul 10.00 aku balik nak pergi klinik. Sebelum balik aku terpaksa settle barang nak keluar ke Penjara Bentong pagi nie, tak boleh nak harapkan orang lain sangat. Lepas aku buat semua arrangement aku terus blah.. kebetulan bos masuk aku tak kasi tau dia pun.
Pergi Klinik Suzana.. Doc check tekanan darah aku naik 106, 2 kali dia check sama je.. dia tanya aku mungkin ada makan sup ke hapa malam tadi.. ish.. takde le plak. 2-3 hari nie memang aku takde selera makan sangat, berdiet la konon.. tapi malam tadi aku masak kicap daging je… tu pun aku amik sikit je.. Ish.. selama nie aku makan daging kambing pun takde masalah pun.. Tah ler tatau ler apa sebabnya dah nak jadi kot..
Lepas ke Klinik aku balik rumah, ingat nak tido tapi bila aku letak kepala je, mata aku rasa gelap semacam je.. cepat2 aku bangun balik, mana la tau
Tuesday, July 31, 2007
Apa punya malang daa...
Hari kedua aku bawak kete Dick, dah rasa ok sikit cuma aku rasa tersiksa kalu nak turn sebab stering dia berat giler kalu kete slow. Aku nak bawak laju pun tak berani takut takleh control, lagi pun takde power stering.
Pukul 3 aku dah keluar opis, janji gan kak na mintak tolong dia hantar aku kat Hospital. Aku ingat nak melawat abg Rahim dulu sebelum amik kete sampai
Ish, ngeri aku tengok kaki masuk besi kat buku lali. Abg Rahim accident petang semalam, malam tadi baru aku tau. Dia kena kat depan PBB Balakong, dia kata dia naik motor jalan terus lepas tu kete keluar dari simpang terus langgar dia, dia pun tak bawak laju dlm 40km/j je. Kete tu terus keluar je dari simpang. Dia kata lepas kena tu dia nak bangun tapi kaki dia sebelah dah terkulai, derang pun tak berani nak hantar dia gi hospital, tunggu ambulance datang, terus bawak pegi kajang. Malam tadi dia operation dari pukul 10 mlm sampai 5 pagi masuk besi. Aku bab tengok org patah camnie rasa tak sanggup nak tengok.
5.45 kuar dari sepital sebab nak amik Athirah kat. Untung lak rasanya, kete aku nampak cantik le plak. Aritu kat bonet depan ada kesan kemik sekarang dah ok.. bahagian depan tu dah ditukar ke chrome nampak berkilat.
Singgah kat Satinni amik barang org order, poket kering dah nie tapi apa bleh buat.. gaji tatau ler bila. Amoi tu cakap mungkin lewat kot sebab takde collection masuk lagi buat masa nie.
Monday, July 30, 2007
Alhamdullillah
Nasib baik naik kete pagi nie, lepas je Dick gan Athirah keluar hujan turun. Hujan pagi nie, hujan rahmat. Kekok habis aku, nasib le opis dekat, tu pun aku rasa jauh sangat bawak kete dia. Biasanya hari Isnin kete tak banyak sangat. Alhamdullilah takde apa2. Selamat aku sampai ke opis. Hahaha bodohnya aku. Bukannya belagak tapi aku memang rasa lain kalu aku bawak kete orang. Bukan kata kete orang kalu keta aku sendiri pun kalu orang lain bawak aku pun rasa semacam, apa ke bangangnya aku nih..!!! hehehe
Sunday, July 29, 2007
Apa2 Aje
Malam tadi aku takleh nak tido, susah hati pasal kete. Buatnya Fizah tak bayar mampus aku, mana nak cekau seribu lebih nak bayar kete. Tawakal jelah. Dok fakir gak macam mana aku nak pegi keja esok. Kete Dick aku memang tak pernah bawak sebelum nie. Dah biasa bawak auto kekok pulak rasanya bawak manual.
Tengahari Cik Ma call suruh dating makan tengahari rumah dia sebab Pak Ngah dating bawah buah rambutan gan durian dari kampong. Pukul 12 pegi Shah Alam lepak
Pukul 5 sampai rumah, kak na call ajak lepak kat rumah dia. Memang dah jadi routine tiap2 minggu lepak kat pondok rumah dia tu. Aku
Malam Dick tanya esok aku camner nak gi keje, aku cakap aku lebih rela bawak motor lagi dari bawak kete Honda dia. Dia kata dia takmau bawak kete gi keje lagi pun susah aku nak angkut barang sekolah Athirah nak hantar rumah Kak Na.
Saturday, July 28, 2007
Apa daaaaaaaaaa....
Subuh2 lagi Ma dah call bagitau mak dah sampai kat Melaka, kaco je orang nak tido. Mula aku ingatkan Athirah set alarm sebab dia nak sekolah, dia yang tengok. Pastu dia ckp makcik tepon so aku call ler balik, mana la tau kot2 ada emergency ke. Dia bagitau bas rombongan mak naik tu tak lalu Jalan Duta derang ikut jalan Damansara lalu kot Shah Alam katanya..
Athirah tak pegi sekolah agama sakit perut katanya. Entah kenapa tatau le dari malam tadi dia mengadu sakit perut cirit birit tapi takde le teruk sangat. Dia tu biasa ler kalu sakit sikit mengalahkan bertahun sakitnya kejap je nampak pucat lesi. Sekolah rendah pun dia tak pegi. Abah dia balik bawak dia pegi klinik dapat mc ler.
Aku ajak Dick pegi amik mak kat Nilai dia malas, so aku ajak Kak Na temankan sesambil cuci mata. Nak shopping pun bukan ada duit ujung bulan nie, jejalan jelah.
Masa baru keluar dari flat rumah Kak Na, aku berenti disimpang tiba2 sebuah kete wira aeroback laju je menuju arah aku, sempat gak aku sebut “mak aih lajunya” apa lagi terus berdentum kete aku, tergamam aku sekejap. Apa nak kata lagi dah nak jadi. Kak Na bising gak “apa la tak nampak ker” kata dia. Dia terus keluar aku sempat reverse sikit kete. Tak sanggup rasanya nak tengok kete aku masa tu. Fizah (nama budak tu) pun cam panik semacam je. Aku keluar dari kete aku tengok dah rebeh bumper depan denga bonet dah kemik sikit, kena betul2 kat plat kete apa lagi kiri kanan mesti terjatuh punya sebab dia terhentak klip mesti terkeluar. Lampu sebelah kanan pecah pastu besi body belah dalam bengkok kena kat condenser air-cond, bocor ler apa lagi, masa aku
Dah lepas settle discuss pasal repair kete terus hantar kete kat workshop David kat Kajang Utama. Abang Rahim bawa sebab aku tak berapa tau tempat tu. Balik naik dengan Fizah, sebab dia takmau hantar kete dulu, ada hal nak guna kete. Tapi katanya mungkin dia nak cari workshop lain yg dekat sikit. Dia kata workshop kat Balakong cas baru RM300 je untuk kete dia. Yelah bukan teruk sangat kete dia. Lampu je pecah sebelah, hat lain tu ketuk je kot. Bumper dia ok cuma calar sikit je. Kesian gak aku tengok dia, panik habis. Mau sakit2 satu badan tu. Aku dah merasa sebelum nie.
Oh ya, lepas kena tu aku terus call syam suruh dia amik mak kat nilai. Masa dia dlm perjalanan tu kete dia pun kena sondol dari belakang. Tapi takde apa sangat suma bumper belakan tu pecah sikit je. Dia gi balai polis Serdang gak nak wat report tapi org hat langgar tu tak report lagi so dia terus pegi amik mak dulu. Derang call nak makan, dah kebulur katanya. Apa lagi kelam kabut ler aku masak plak lepas balik dari Kajang tu. Nasib le sebelum keluar tadi aku dah keluarkan ayam dengan sotong dari freezer. Nasi aku dah masa sikit untuk kita 3 beranak je, balik tu terpaksa masak lagi sikit. Pastu Dick belanja satay., dia beli bawak balik je. Malam mak tido rumah syam, apa bleh buat kalu dia tido rumah aku camner nak hantar dia kerumah syam esok. Plan memula tu nak di makan tengahari kat rumah syam ler sebab dia
Saturday, June 30, 2007
HADIRNYA CINTA

Namun kedukaan tak pernah jemu mendekatinya. Dia dibenci dan dianiaya hanya kerana dia disayangi dan dicintai.Apakah dia tidak berhak bahagia seperti insan lain? Apakah resminya begitu, bahagia hanya mengejar mereka yang melorek dunia dengan harta?
**************************************************
Aku baru saja selesai tamat baca novel nie.. jalan ceritanya agak menarik. Tak kala kita mula membaca ia akan membuatkan kita rasa rugi untuk tidak meneruskan pembacaan kita sehingga tamat. Jalan cerita yang teratur membuatkan kita ingin terus membaca hingga ke akhir. Titipan kisah hidup gadis bernama Aliya yang keciwa dalam cinta pertama hingga membawanya ke luar negara mengharungi kehidupan dirantauan. Dia menyintai Zaidi dalam diam. Zaidi jirannya sejak kecil merupakan taman rapat dan juga sahabat diwaktu dibangku sekolah hingga membenihkan bibit-bibit cinta dihati Aliya terhadap Adi namun cinta Aliya tidak kesampaian kerana pada Zaidi dia hanya mengganggap Aliya seperti adiknya sendiri. Dalam kekeciwaan hati Aliya dia terpaksa merestui hubungan Zaidi dan Kamilia rakan sekolahnya. Aliya menerima tawaran belajar ke luar negara dan ingin membawa bersama kenangan bersama Zaidi. Biarpun harapannya hancur untuk memilikki cinta Zaidi namun cintanya terhadap Zaidi tidak pernah pudar.
Diperantau hati Aliya benar-benar tersentuh bila menerima setiap email dari Zaidi yang mengutuskan gambar-gambar saat bahagianya dengan Kamilia. Aliya memendam api cemburu hanya pada Haikal tempatnya mengadu. Haikal jejaka yang menaruh hati padanya tanpa disedarinya. Setelah menamatkan pengajian selama 4 tahun Aliya pulang ke tanah air dan membawa bersama cinta Haikal.
Novel nie agak dramatis jugak, kalau kita benar-benar menghayatinya ia mampu menitiskan airmata.
Wednesday, June 27, 2007
TITIPKAN AKU BAHAGIA - SITI ROZILAH

Hidup Syakila pernah ditabiri warna kusam.Amat kontras warna-warna kehidupan yang pernah dan akan diloreknya.Namun bayangan silam kerap mengitari dan memerangkap.Nama lelaki telah dipadamkan dari mata hatinya,namun mengapa lelaki juga yang kerap mengejarnya? Dia telah berlari menjauhi lelaki.Dia ingin mencipta bahagia sendiri bersama teman-teman,namun mengapa sering kali gagal? Kerana lelaki,dia dibenci dan didendami oleh sahabatnya sendiri...
*******************************************************
Keseluruhan jalan cerita agak menarik jugak. Tapi tatau mengapa aku mengambil masa yang lama untuk tamatkan novel nie. Rasanya bukan salah jalan cerita novel nie tapi mungkin mood aku takde. Bila aku cuba kembali menghayati cerita ni hingga akhir ia boleh aku anggap menarik. Novel nie memaparkan kehidupan seorang model bernama Syakila. Kisah hidupnya yang penuh dengan sejarah hitam. Anak yang terpaksa berpisah dengan ayahnya sejak dilahirkan setelah kematian ibunya.
Perjalanan hidupnya penuh dengan ranjau berduri tika dia dijadikan wanita simpanan oleh seorang lelaki yang amat dicintainya. Kerana sejarah hitam itu juga dia menjadi seorang gadis yang mempunyai prinsip hidup yang kuat. Pada awalnya penulis tidak menceritakan sejarah hitam yang dialami Syakila, ini membuatkan pembaca ingin terus membaca untuk mencari kisah sebaliknya. Satu demi satu kisah diceritakan membuatkan jalan cerita lebih menarik.
Wednesday, June 13, 2007
MC aka Ponteng
Tuesday, June 5, 2007
Apa nak jadi tah...
Malam tadi aku ingat suami aku balik dah.. malas aku nak tanya tapi pukul 11.30 dia balik merungut2 katanya kereta dia kena towing rosak masa nk ke rumah Along.. entah apa dia bebel tatau la.. esoknya aku ingat dia nak balik sorang naik bas sebab Along ada call tanya dia dah balik ke belum.. Ish pelik gak aku apa hal lak semua adik beradik dia balik.. kata Along nak buat doa selamat.. tapi aku tau sebenarnya derang nak buat baca Yassin sebab hp adik dia yg kawin tu hilang masa kenduri tu.. derang bengang sebab dah byk kali rumah tu hilang barang.. sebelum nie barang kemas mak mertua aku kena kebas.. sebelum tu pulak barang kemas adik ipar aku masa kawin dia... tapi masa tu tak perasan sgt.. tapi kali nie derang sekeluarga tak tahan coz ada pencuri dalam keluarga.. Memang derang dapat agak siapa punya angkara sebab masa petang barang tu hilang takde org luar semua ahli keluarga je. Malas la aku nak cerita tapi aku memang pening kepala dgn keluarga mertua aku nie macam2 kerenah ada.. tak pernah aman nasib baik la aku jauh kalu tak sure bercakar jugak.. buat masa nie aku gan keluarga dia ok lagi la tatau la esok lusa camner.. Harap2 takde masalah la..
Selamat Pengantin Baru
Dah lama aku tak updated blog nie.. takde masa. So hari nie aku cuba updated semula apa yg terjadi beberapa minggu lepas..
25/5/07 aku nak ucapkan selamat pengantin baru buat adik ipar aku dan pasangannya Edy.. Nie perkahwinan terakhir dalam keluarga belah suami aku sebab nie adik ipar aku yang bongsu sekali.. Huh!! nasib le yang last kalu ada lagi aku awal2 lagi angkat tangan.. letih giler.. orang seronok aku rasa cam nak pengsan je..
Aku cuti 4 hari.. malam jumaat aku balik sampai kg pukul 2 pagi.. nie mmg jadual biasa untuk kita org travel balik kg.. Subuh hari jumaat pepagi lagi mak aku dah kejut aku bangun gi rumah mak mertua aku.. emm kebetulan mak aku jadi tukang masak untuk kenduri nie so secara tak langsung aku kenalah jadi assistance dia.. Dari awal lagi kak ipar sulung aku dah pesan mintak aku masak lauk pengantin ish..ish.. bab nie aku memang slender punya.. kalu setakat tolong tu ok lagi kot..
Aku dah faham sangat kerenah ipar2 aku semua tu.. semua takleh nak harap sangat.. adatlah menantu2 le yang teruk.. hari tu dari pukul 7 pagi aku ke rumah mertua sampai 1 pagi baru aku balik tido.. nasib la rumah dekat.
Emm hari nie jugak derang nikah.. pelik gak aku kenapa tak buat je esok masa kenduri takde la susah.. oo patut la tok kadi tu dah kumpulkan 3 pasangan lain utk dinikahkan serentak pada hari tu.. majlis tu kat masjid pasir putih ipoh.. kat mana aku pun tatau ler... sebab aku tak amik port sangat bab tu..
Majlis Akad nikah - Masjid Pasir Puteh Ipoh
Posing sebelum akad nikah.
Alamak aku baru perasan mamat pengapit tu bekas pekerja kat tempat aku nie.. ceh memang aku tak perasan langsung ari tu...
gambar kenangan anak menantu perempuan masa di rumah pengantin lelaki di Kg Expo Kemunting Taiping..
Sunday, April 29, 2007
Ronda-ronda lepas boring
Apa aku melalut nie.. eemm lepas abis keje aku gi jejalan kat JJ gan athirah.. nak balik rumah boring lak rasanya takde sesapa.. kalu kat rumah sure wat taik mate je rasanya... Anak dara aku nak beli crown aku tak kasi.. ari tu dia nak crown mainan masa kat hot market tu pun aku tak kasi sebab aku tau sangat la anak aku tu.. bila dah dapat sampai kat rumah campak merata rata.. Aku masuk kedai accessories wanita ada jual crown.. dia nak.. ish tu untuk org kawin punya le... pastu aku berkenan satu hairband tu.. cute gak ada double love gan berlian camtu.. terpikir 2 kali aku nak beli harga dia 16.90 ish.. cekak pin gitu mahal ek.. mungkin sebab ada berlian kilat2 tu kot.. aku tak mau beli dah athirah tarik mula masam... pastu aku jejalan lagi.. masuk Popular, survey novel baru.. tapi aku tak beli pun, hujung bulan nie tengah kering.. lari budget weh.. Nasib baik ler sebelum abah dia balik malam tadi dia tinggalkan duit belanja kat athirah 50 hinggit..
Emm TGV kat JJ baru nak bukak 1 mei nie.. makin ramai le orang melepak sana.. athirah ajak aku tengok wayang.. ish budak nie macam2 ler.. insya-allah nanti aku bawak ler.. cuti hari pekerja ke.. Masa jalan tu jumpa gerai ada jual accessori wanita terjumpa hairband yg sama cam aku tengok kat kedai sebelum nie rega dia baru seploh hinggit, apa lagi aku terus beli ler.. happy la minah tu..
Dah dapat apa yang dia nak cam biasa la mesti dia kata lapar... gi makan kat food court, dia melantak sizzling aku makan laksa.. terkejuz aku dia bleh habis semua.. sah lapar sangat tu.. Pas makan dia ckp nak balik.. dah tak larat jalan kenyang sangat.. pukul 4 balik rumah.. pastu aku Zzzzzzzzzzz
Friday, April 27, 2007
Bohsannyerrr...
Friday, April 20, 2007
BECAUSE I LOVE YOU (Stevie B)
BECAUSE I LOVE YOU (Stevie B)
I got your letter
From the postman
Just the other day
So I decided
To write you this song
Just to let you know
Exactly the way I feel
To let you know
My love's for real
Because I love you
And I'll do anything
I'll give you my heart
My everything
Because I love you
I'll be right by your side
To be alive
To be your guy
If you should feel
That I don't really care
And that you're starting to lose ground
Just let me reassure you
That you can count on me
And that I will always be around
Because I love you
My heart's an open door
Girl, won't you please come on in
Because I love you
I'll be right by your side
To be alive
To be your guy
If you should feel
That I don't really care
And that you're starting to lose ground
Just let me reassure you
That you can count on me
And that I will always be around
Because I love you
My heart's an open door
Girl, won't you please come on in
Because I love you
I'll be right by your side
To be alive
To be your guy
**************************************
Lagu nie bila aku dengar memang tangkap lentok je...
Sunday, April 1, 2007
MY ALL (Mariah Carey)
MY ALL (Mariah Carey)
I am thinking of you
In my sleepless solitude tonight
If it’s wrong to love you
Then my heart just won’t let me right
Cause I’ve drowned in you
And I won’t pull through
Without you by my side
I’d give my all to have
Just one more night with you
I’d risk my life to feel
Your body next to mine
Cause I can’t go on
Living in the memory of our song
I’d give my all for your love tonight
Baby can you feel me
Imagining I’m looking in your eyes
I can see you clearly
Vividly emblazoned in my mind
And yet you’re so far
Like a distant star
I’m wishing on tonight
I’d give my all to have
Just one more night with you
I’d risk my life to feel
Your Body feel next to mine
Cause I can’t go on
Living in the memory of our song
I’d give my all for your love tonight
I’d give my all to have
Just one more night with you
I’d risk my life to feel
Your body next to mine
Cause I can’t go on
Living in the memory of our song
I’d give my all for your love tonight
Give my all for your love
Tonight
Friday, March 30, 2007
Athirah demam lak...
Sekarang nie cuaca tak menentu.. kekadang pagi petang hujan.. kadang tu lak panas terik.. time2 camnie klinik2 la untuk, musim orang sakit..
Tuesday, March 27, 2007
Ponteng keje..
Pukul 11.30 amik athirah kat sekolah agama terus anta anis balik sekali.. pastu pukul 12.45 anta dia skolah rendah lah.. aku gan hubby terus gi Tesco beli barang rumah.. sebenarnya dah lama aku tak di shopping gan hubby, entah apa angin dia ari tu.. buang tabiat gamaknya.. tetiba je ajak aku gi shopping.. pukul 330 balik badan dia mula rasa tak sihat balik... ekeleh.. jalan tak ingat pun dia demam..
Sebenarnya dah lama aku tak camnie.. mungkin nie pengajaran dari apa yang berlaku minggu lepas.. susah untuk aku jelaskan tapi biarlah aku pendamkan sendri.. terlalu peribadi untuk aku jelaskan disini..
Monday, March 26, 2007
Selamat Hari Jadi Athirah
Tak sangka dah 9 tahun anak aku sorang tu.. rasanya baru saja aku lahirkan dia. Masa hari jadi dia aku tak sambut pun sebab aku tinggalkan dia gan abah dia 2 hari sebelum hari jadi dia tu.. aku keluar seminggu, tak balik rumah.. just sempat col je dia hari tu.. tapi aku sempat belikan dia jam tangan.. Masa aku balik hari ahad tu, masih ada kek yg abah dia belikan ari tu..