Melihat pada perkembangan politik negara sekarang membuat aku terpanggil untuk melakarkan sedikit coretan yang terpendam dalam benak aku. Aku bukan seorang ahli politik juga bukan penyokong mana-mana parti tapi keadaan politik sekarang membuatkan aku tertarik untuk terus mengikuti perkembangan politik negara.Malaysia mengalami sejarah politik paling buruk sekali sekarang. Dimana silap tiada siapa yang tahu. Sebagai seorang rakyat biasa, zaman sekarang rakyat bukan lagi berada dizaman batu yang hanya bergantung kepada satu sumber untuk mempercayai setiap apa yang berlaku didalam politik negara. Zaman semakin maju begitu juga dengan rakyat bukan lagi buta untuk menilai setiap perkembang terkini.
Seperti yang maklum ketahui politik negara semakin kotor dengan pelbagai kejadian yang berlaku akhir-akhir ini. Yang berada diatas semakin gah mengamalkan budaya rasuah, menguasai keseluruhan badan perhakiman, polis dan lebih menyedihkan lagi sanggup mencipta seribu muslihat untuk menyelamatkan kantung sendiri dan menjaga kepentingan sendiri. Aku tak mahu menyentuh mana-mana menteri yang terlibat cuma yang aku cuba tekankan disini, jangan lah memperbodohkan rahyat dengan isu-isu yang tak mampu diterima oleh akal. Mungkin 10 tahun lepas rakyat percaya setelah mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap tertuduh dengan bukti-bukti yang sengaja direkacitpa untuk membuktikan pesalah bersalah. Media menghukum pesalah dengan menyiarkan berita yang menyebelahi kerajaan dan mungkin juga golongan orang kampung percaya 100% dengan cerita yang dibaca, kerana apa? kerana hanya media menjadi punca mereka untuk mengetahui perkembang politik negara. Tapi pada 2008 rakyat tidak lagi mempercayai biarpun mahkamah belum dimulakan. Kiranya 10 tahun lalu rakyat mengiakan... mempercayai.. menghukum hanya kerana cerita yang dibaca atau yang tonton didada-dada akhbar dan tv tapi kini mungkin cara ini takkan berkesan lagi kerana rakyat kini kian maju setanding dengan pencipta fitnah. Rakyat bukannya bodoh, tidak sebodoh pencipta fitnah. Apa yang berlaku sekarang seolah orang yang terlibat masih terkial-kial untuk merekacipta bukti untuk menghukum tetuduh. Kesian sungguh sekiranya tragedi 1998 berulang kembali.
Najib atau Pak Lah mungkin bijak tapi tak sebijak Dr M dalam merencanakan sesuatu. Sedarlah era kini takkan percaya bulat-bulat setiap fitnah yang berlaku. Kes tuduhan liwat tahun 2008 punyai versi tersendiri. Tapi rakyat masih lagi ternanti-nanti perkembang terkini kes liwat ini. Bapak-bapak Menteri seolah menjadi bahan ketawa rakyat setiap kali mengeluarkan kenyataan. Lebih mengejutkan lagi kenyataan berkaitan isu DNA yang diberikan oleh PM sendiri. Orang bodoh pun tahu DNA takkan berubah walaupun 5000 tahun. Hai Pak Lah...!!!Kenapa lah isu DNA ini diperbesarkan bukan kah DNA yang diambil terdahulu masih lagi ada, untuk apa DNA baru diambil. Kami bukannya bodoh, jika versi 1998 DSAI ditahan, diambil DNA dan disahkan ada kes tapi versi 2008 DSAI ditahan disiasat, tapi DSAI tidak membenarkan DNAnya diambi dan DSAI dibebaskan dengan jaminan polis. Lebih mengejutkan lagi DSAI diarahkan untuk melaporkan diri setiap bulan di IPPKL. Jenayah apa yang dilakukan oleh DSAI hingga dikenakan begitu. Tidak cukup dengan itu semasa dia ditahan sekumpulan polis mengenakan topeng muka dan baju kalis peluru hanya untuk menangkap insan yang bernama Anwar Ibrahim. Jenayah apakah yang dilakukan? Bunuh? Merompak? Sedangkan si petuduh masih mampu berjalan bergaya sambil tersenyum bangga. Bodoh kah rakyat untuk menilai. Sedangkan orang yang dikenakan kes khalwat pun tutup muka bila ke mahkamah inikan pula kes luar tabie yang ditegah oleh islam.
Anuar Ibrahim ditahan seolah pembunuh bersiri tapi mengapa Razak Baginda yang menjadi tetuduh dalam kes Antatuya tidak diperlakukan demikian? Sedangkan kes versi 1998 mangsa yang dikatakan diliwat dipenjarakan kenapa versi 2008 mangsa yang dikatakan diliwat diberi perlindungan oleh pihak berkuasa? Kami rakyat bukan bodoh.umum tahun mengalami sakit pinggang. Aduhai Saiful kami rakyat bukan bodoh... Kalau ya pun ko kena liwat kenapa la kali pertama dulu ko tak terus buat laporan polis? Kenapa ko pergi jumpa Najib? Kenapa lah ko bawak saksi bila jumpa Najib? Alahai Saiful dalam pandai ada bodohnya juga. Siapa yang nak percaya cerita engkau. Berapa juta dah kau dapat sehingga sanggup menjatuh maruah sendiri. Siapa tunang ko dengan Rosmah? Siapa Muntaz Jaafar dengan Rosmah? Alahai Saiful kesiannya ko. Berdoa lah semoga PR takkan mampu membentuk kerajaan. Kiranya Be-End kecundang pasti engkau lah orang yang paling menyesal hidup didunia nie.












