Tuesday, July 31, 2007

Apa punya malang daa...

Hari kedua aku bawak kete Dick, dah rasa ok sikit cuma aku rasa tersiksa kalu nak turn sebab stering dia berat giler kalu kete slow. Aku nak bawak laju pun tak berani takut takleh control, lagi pun takde power stering.

Pukul 3 aku dah keluar opis, janji gan kak na mintak tolong dia hantar aku kat Hospital. Aku ingat nak melawat abg Rahim dulu sebelum amik kete sampai sana baru pukul 3.45 waktu melawat pukul 4.30 so aku menapak le ke pecan kajang amik teksi pegi Kajang Utama. David takleh amik aku sebab takde org kat workshop. Dari Pekan kajang ke Kajang Utama kena RM8 je, not bad. Sampai sana kete baru kuar dari tempat cat, kena pegi isi gas, pasang plat baru gan nak pasal bal lampu. Dah siap aku blah, singgah hospital dulu.

Ish, ngeri aku tengok kaki masuk besi kat buku lali. Abg Rahim accident petang semalam, malam tadi baru aku tau. Dia kena kat depan PBB Balakong, dia kata dia naik motor jalan terus lepas tu kete keluar dari simpang terus langgar dia, dia pun tak bawak laju dlm 40km/j je. Kete tu terus keluar je dari simpang. Dia kata lepas kena tu dia nak bangun tapi kaki dia sebelah dah terkulai, derang pun tak berani nak hantar dia gi hospital, tunggu ambulance datang, terus bawak pegi kajang. Malam tadi dia operation dari pukul 10 mlm sampai 5 pagi masuk besi. Aku bab tengok org patah camnie rasa tak sanggup nak tengok.

5.45 kuar dari sepital sebab nak amik Athirah kat. Untung lak rasanya, kete aku nampak cantik le plak. Aritu kat bonet depan ada kesan kemik sekarang dah ok.. bahagian depan tu dah ditukar ke chrome nampak berkilat.

Singgah kat Satinni amik barang org order, poket kering dah nie tapi apa bleh buat.. gaji tatau ler bila. Amoi tu cakap mungkin lewat kot sebab takde collection masuk lagi buat masa nie.

Monday, July 30, 2007

Alhamdullillah

Nasib baik naik kete pagi nie, lepas je Dick gan Athirah keluar hujan turun. Hujan pagi nie, hujan rahmat. Kekok habis aku, nasib le opis dekat, tu pun aku rasa jauh sangat bawak kete dia. Biasanya hari Isnin kete tak banyak sangat. Alhamdullilah takde apa2. Selamat aku sampai ke opis. Hahaha bodohnya aku. Bukannya belagak tapi aku memang rasa lain kalu aku bawak kete orang. Bukan kata kete orang kalu keta aku sendiri pun kalu orang lain bawak aku pun rasa semacam, apa ke bangangnya aku nih..!!! hehehe

Malam tadi pukul 12 mlm Fizah sms bagitau dia dah bayar duit kat David. Lega rasa hati aku

Sunday, July 29, 2007

Apa2 Aje

Malam tadi aku takleh nak tido, susah hati pasal kete. Buatnya Fizah tak bayar mampus aku, mana nak cekau seribu lebih nak bayar kete. Tawakal jelah. Dok fakir gak macam mana aku nak pegi keja esok. Kete Dick aku memang tak pernah bawak sebelum nie. Dah biasa bawak auto kekok pulak rasanya bawak manual.

Tengahari Cik Ma call suruh dating makan tengahari rumah dia sebab Pak Ngah dating bawah buah rambutan gan durian dari kampong. Pukul 12 pegi Shah Alam lepak sana kejap sampai pukul 3.30, pastu singgah kat Stadium Shah Alam ada Karnival apa tah. Bawak Athirah bukan boleh lelama, bila dia dah letih mula ler dia nak balik, benggang je aku, belum habis ronda2 dah nak balik. Apa lagi balik jelah.

Pukul 5 sampai rumah, kak na call ajak lepak kat rumah dia. Memang dah jadi routine tiap2 minggu lepak kat pondok rumah dia tu. Aku cuba bawak kete Dick, kekok habis, hahaha athirah gelak je kata aku tak reti bawak kete abah dia. Tapi insya-allah ler takde apa2 kot memula je sebab tak biasa. Honda V-Tec kete orang muda, dah ler rendah aku rasa dok dalam tu cam nak baring je. Kete waja aku seat dia tinggi sikit. Dah ler aku nie rendah terpaksa tarik kerusi ke depan sekali, tu pun aku rasa cam tak sampai lagi.

Malam Dick tanya esok aku camner nak gi keje, aku cakap aku lebih rela bawak motor lagi dari bawak kete Honda dia. Dia kata dia takmau bawak kete gi keje lagi pun susah aku nak angkut barang sekolah Athirah nak hantar rumah Kak Na.

Saturday, July 28, 2007

Apa daaaaaaaaaa....

Subuh2 lagi Ma dah call bagitau mak dah sampai kat Melaka, kaco je orang nak tido. Mula aku ingatkan Athirah set alarm sebab dia nak sekolah, dia yang tengok. Pastu dia ckp makcik tepon so aku call ler balik, mana la tau kot2 ada emergency ke. Dia bagitau bas rombongan mak naik tu tak lalu Jalan Duta derang ikut jalan Damansara lalu kot Shah Alam katanya..

Athirah tak pegi sekolah agama sakit perut katanya. Entah kenapa tatau le dari malam tadi dia mengadu sakit perut cirit birit tapi takde le teruk sangat. Dia tu biasa ler kalu sakit sikit mengalahkan bertahun sakitnya kejap je nampak pucat lesi. Sekolah rendah pun dia tak pegi. Abah dia balik bawak dia pegi klinik dapat mc ler.

Aku ajak Dick pegi amik mak kat Nilai dia malas, so aku ajak Kak Na temankan sesambil cuci mata. Nak shopping pun bukan ada duit ujung bulan nie, jejalan jelah.

Masa baru keluar dari flat rumah Kak Na, aku berenti disimpang tiba2 sebuah kete wira aeroback laju je menuju arah aku, sempat gak aku sebut “mak aih lajunya” apa lagi terus berdentum kete aku, tergamam aku sekejap. Apa nak kata lagi dah nak jadi. Kak Na bising gak “apa la tak nampak ker” kata dia. Dia terus keluar aku sempat reverse sikit kete. Tak sanggup rasanya nak tengok kete aku masa tu. Fizah (nama budak tu) pun cam panik semacam je. Aku keluar dari kete aku tengok dah rebeh bumper depan denga bonet dah kemik sikit, kena betul2 kat plat kete apa lagi kiri kanan mesti terjatuh punya sebab dia terhentak klip mesti terkeluar. Lampu sebelah kanan pecah pastu besi body belah dalam bengkok kena kat condenser air-cond, bocor ler apa lagi, masa aku cuba on air-cond ada bunyi cam kipas bergesel tapi sebenarnya gas air-cond dah keluar. Kita orang pegi Balai Polis Serdang tapi takleh wat report sebab luar kawasan terus pegi ke Kajang. Aku call abang Rahim, kebetulan dia baru je balik rumah so dia dating jumpa aku depan balai. Dia cakap kalu takde teruk lebih baik jangan report. Fizah dgn tuning dia + adik tunang dia kot. Abg Rahim ckp kerosakkan tak banyak kalu claim insuran atau report rugi. Saman dah tentu kena lepas tu nak claim amik masa lama nak tunggu adjuster baru bleh repair keta. Lepas tu bapak Fizah cakap dia sanggup bayar cash. Lega sikit aku, 2-3 hari dah bleh siap kete. Cost 2 buah kete dlm RM1600, David (pomen) tu cakap. So fizah setuju bayar cash. Fizah kata kete tu atas nama mak dia, kalu nak claim insurance leceh sebab nak kena mak dia sign, lagi pun dia kena bayar dekat insurance co. RM300 sebab kete bukan atas nama dia. Apa pun aku tak kisah janji dia tau dia yang bersalah dan dia nak tanggung semua kos repair.

Dah lepas settle discuss pasal repair kete terus hantar kete kat workshop David kat Kajang Utama. Abang Rahim bawa sebab aku tak berapa tau tempat tu. Balik naik dengan Fizah, sebab dia takmau hantar kete dulu, ada hal nak guna kete. Tapi katanya mungkin dia nak cari workshop lain yg dekat sikit. Dia kata workshop kat Balakong cas baru RM300 je untuk kete dia. Yelah bukan teruk sangat kete dia. Lampu je pecah sebelah, hat lain tu ketuk je kot. Bumper dia ok cuma calar sikit je. Kesian gak aku tengok dia, panik habis. Mau sakit2 satu badan tu. Aku dah merasa sebelum nie.

Oh ya, lepas kena tu aku terus call syam suruh dia amik mak kat nilai. Masa dia dlm perjalanan tu kete dia pun kena sondol dari belakang. Tapi takde apa sangat suma bumper belakan tu pecah sikit je. Dia gi balai polis Serdang gak nak wat report tapi org hat langgar tu tak report lagi so dia terus pegi amik mak dulu. Derang call nak makan, dah kebulur katanya. Apa lagi kelam kabut ler aku masak plak lepas balik dari Kajang tu. Nasib le sebelum keluar tadi aku dah keluarkan ayam dengan sotong dari freezer. Nasi aku dah masa sikit untuk kita 3 beranak je, balik tu terpaksa masak lagi sikit. Pastu Dick belanja satay., dia beli bawak balik je. Malam mak tido rumah syam, apa bleh buat kalu dia tido rumah aku camner nak hantar dia kerumah syam esok. Plan memula tu nak di makan tengahari kat rumah syam ler sebab dia kan baru dapat gaji baru. Takde rezeki ler.