Abu Qatadah ra. menceritakan bahawa RasulAllah SAW bersabda; Allah SWT berfirman, Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi ummatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu, barangsiapa mengerjakan solatnya pada ketika masuk waktunya, maka dia akan dimasukkan kedalam syurga. Ummatmu yang tidak menjaga solatnya tidaklah temasuk dalam perjanjian ini.
Keterangan
Adalah diriwayatkan didalam sepotong hadis lagi bahawa Allah SWT telah mewajibkan sembahyang lima waktu dan barangsiapa menjaga solatnya dengan berwudhuk dengan sempurna dan sembahyang pada ketika masuk waktunya dengan ikhlas dan khusyuk, Allah SWT menjamin, iaitu dia akan memasuki syurga. Barangsiapa yang tidak menjaga solatnya maka tidaklah ada jamininan ini baginya, dia mungkin diampun ataupun tidak.
Sesungguhnya solat adalah satu ibadat yang tidak ternilai harganya. Ia memberikan kepada kita peluang mendapat jaminan Allah SWT memasuki syurgaNya. Kita merasa puas hati dan gembira apabila seseorang yang terhormat lagi kaya atau mempunyai kuasa pemerintah memberikan jaminan kepada kita untuk mendapat sesuatu dari keperluan duniawi ini dan kita menganggapnya sebagai tugas kitalah supya kekal mentaatinya. Disini, Allah SWT memberikan jaminanNya untuk kebahagiaan kekal abadi sesudah mati kerana bersembahyang lima kali sehari semalam yang tidak mengambil masa lama manapun. Kalau dengan inipun kita tidak mahu menerima peluang ini, maka diri kita sendirilah yang seharusnya dipersalahkan bagi menerima siksa yang akan menunggu kita.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------
Dipetik daripada Kitab Fadhaile Amal Karangan Maulana Zakariya, Bab Fadhilat Solat.
Alhamdulillah, mudah-mudahan apa yang telah kita ketahui, dapatlah kiranya kita ambil iktibar, kita amalkan, dan Insya Allah kita sampaikan pula kepada saudara-saudara kita yang lain. Mudah-mudahan, Allah S.W.T memandang usaha kita yang sedikit ini dengan penuh Rahmah dan hasbab daripada itu mudah-mudahan Allah S.W.T mencampakkan perasaan cinta pada agama dalam hati kita dan kita menjadi orang yang mengamalkan agama dalam kehidupan kita.