Thursday, November 15, 2007

TAUTAN KASIH


Hasilan nukilan Ryana ini pasti mencuit pintu hati anda dengan jalan ceritanya tersendiri. Athirah merasakan hidupnya kosong. Ada yang menyayangi, namun hati menidakkan. Ada yang disayangi, tapi si dia menghilangkan diri. Lantas, apa lagi yang tinggal pada dirinya. Dia sedar, dia harus memberi peluang kepada hatinya untuk menerima dan memberi, tapi dia tidak pandai mengungkap kalimah cinta.Sebenarnya, ada jejaka yang amat mencintai Athirah, iaitu Irfan. Namun, kehadiran Farah Marlissa dan Farah Hayana menyegarkan kisah cinta mereka. Apa pula yang berlaku dengan kehadiran semula Syazwani dan Danish? Siapa mereka di hati Athirah dan Irfan.

KASIH DANIA


Sinopsis :

Karya yang sungguh romantik ini tentu membuai perasaan anda apabila watak-watak yang dicipta oleh Ayu Emelda berjaya menghidupkan suasana perjalanan cerita. Dania seorang gadis tomboy diminta untuk bernikah dengan Amir semata-mata untuk menyelamatkan keadaan. Amir tidak mahu terus didesak oleh keluarga untuk berumah tangga.

Perkahwinan mereka atas dasar tolong-menolong itu telah membawa perasaan kasih sayang dalam diri Dania. Namun, tidak bagi Amir. Pada masa yang sama, wujudnya orang ketiga yang membuatkan Amir jatuh cinta.

Bagaimana status perkahwinan Amir dengan Dania bila Maria cuba memenangi hati Amir? Tahukah keluarga Amir yang perkahwinan anak mereka itu hanyalah sementara? Berjayakah Maria berkahwin dengan Amir?

Semuanya terjawab dalam KASIH DANIA.

**********************************************************************************

Komen aku.. novel nie memang best.. sedih bangat.

Salam...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..

Dah dekat tiga bulan sejak kali terakhir aku merapu kat sini.. ramadhan dan syawal dah pun berlalu.. tak sempat nak ucapkan semalam berpuasa dan berhari raya buat semua. Sekarang nie dah tiba bulan November dan cuti sekolah akan bermula esok.. tentu seronok budak2 sekolah lepas nie kan..? Apapun aku ucapkan selamat bercuti untuk semua. Oh, ya.. cerita pasal sekolah.. aku nak ucapkan tahniah buat 2 org anak buah aku yang amik UPSR baru2 nie.. sorang dapat 5A dan sorang lagi 4A1C... tak sangka jugak derang bleh berjaya score camtu sebab 2-2 tu nakal, tapi syukur alhamdullillah berjaya jugak..

Oh.. ya dah lama aku tak bercerita pasal novel. Raya hari tu ada pinjam 3 buah novel adik aku dah tamat pun..

Kehidupan aku sekarang.. macam biasa tapi dalam dunia siber nie aku dah jadi low profile sikit, dah penat rasanya nak melayan kerenah manusia dlm dunia siber nie.