
Sibuk je budak nie... orang nk masuk gambor dia pun nak masukkan gambor dia..
There is only one happiness in life, to love and be loved. Love is like a mountain, hard to climb, but once you get to the top the view is beautiful.





Seha & Atikah dengan Kamarul hahha.. masa aku jumpa dia nie aku jenuh nak mengingati nama dia aku cam dia sebab dia pernah keluar kat Majalah 3.. masa tu aku tengok dia tengah bersembang aku tenung dia sebab nak ingat nama dia.. dia tengok senyum je kat kira orang.. pastu aku terus gi kat dia aku ckp nak amik gambar.. dia kata boleh.. hahaha pastu aku tanya dia apa nama ek.. kenal tapi lupa nama sapa.. dia dengan ramah ckp Kamarul dulu kat majalah 3 sekarang dah kat Remaja... Aku tengok dia nie cam lembut sikit cara dia bercakap tu.. hahhaha
Faizal Ismail aka FBI.. spoting gak FBI, masa aku lalu kat gerai hot.fm dia dok layan peminat kat depan gerai tu hehehe.. dia perasan aku nak amik gambar dia terus dia kasi respon.. not bad.. dia ajak anak buah aku amik gambar sekali tapi derang tak mau so aku amik gambar dia sensorang jelah..
Si debab Adruce dalam rancangan mende tah tiap petang kat TV9 tu.. Gambar nie aku sempat cilot dari belakang.. hahaha nasib baik dia spoting bagi pose maut dia... masa tu ramai gak org dok amik gambar gan dia, aku selamba je amik dari belakang..
Hahaha.. anak buah aku Atikah gan Seha.. geli geleman derang bergambor gan sibaduk nie.
Seha dan baduk...


Mengapa harus kau membenci
Sedang aku ingin memberi
Sebuah kasih suci
Untukmu permata hati
Kalau ada cinta…
Mengapa harus kau ragui
Sedangkan aku merindui nian saban hari
Belaian
Dari seorang manusia bergelar kekasih
Kalau ada cinta..
Jangan kau jauhi
Sedangkan aku ingin mendekati
Menawan seluruh sanubari
Saat hatiku kau bawa lari
Kalau ada cinta…
Ingin aku berkongsi
Biar senada getar hati
Biar seiring citra jiwa dalam diri
Kerana dirimu kini kucintai…
Rindunya rasa hampir 2 bulan tak muncul dialam siber nie... bukan apa nak kata sibuk tu sibuk la jugak.. nak kata tak sibuk pun tak jugak.. tapi terpakse la buat2 sibuk sikit tak boleh nak curik tulang, almaklum ler ada masalah teknikal yg disengajakan... tapi takpe semua tu bersifat sementara je...
Emm... rindu pulok rasenya nak mencoret cerita tak seberapa menarik nih.. tapi mungkin ada beberapa kejutan yg telah aku jangkakan berlaku... wakakaka... hebat sungguh permainan dipentas siber nie hingga membuatkan ramai insan2 yg bengong tertipu dengan pelakon yg ganteng lagi hebat nieh... bukan nak mencela tapi ini le hakikat hidup zaman sekarang... tapi tak baikkan mengata org. Sebenarnya aku sendiri tak tau kenapa manusia nie begini... suka mengambil kesempatan diatas kelemahan org lain... tapi yelah
Ok.. ok.. apa la aku membebel nieh.. sebenarnya selepas hampir 2 bulan aku tak muncul nie (gi betapa kat gua lang) tiba tiba tergerak hati aku nak menjelma setelah ketenangan dikecapi. Biasa la bila ON je ym ade je cerita2 terkini yg kira agak menarik gak ku dengar.. Tapi tah le nak kata kesian tu pun ada jugak, nak kata geram tu pun ada jugak... tapi yang terkilannya hal nie berlaku pada org yg aku kenali jugak.. nak kata rapat tu rapat le jugak... tapi aku jenis kawan gan sesapa sapa.. tak kisah le kat belakang aku dia nak buruk
Lahai kenapa la benda nie berlaku.. tapi
Emm... pada hari aku dapat cerita nie, aku juga sempat berchatting dgn si gadis
Adehh ngantuk ler plak.. ish.. lantak ler malas nak cerita lagi.. biar la dia dgn dunia nie.. mudah2an Allah beri dia petunjuk.. Mudah2an terbuka pintu taubat untuk dia... Mudah2an dia belajar menyayangi isteri dia.. Ingat la atas dunia nie mungkin kita boleh terlepas tapi akhirat nanti kita takkan terlepas.
Sape makan cili dia terasa pedas...



AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya

ABANG betul-betul tak sangka, Ika dah nak kahwin.” Imran cuba berlagak tenang walaupun hatinya bergetar hebat.
Kalau selama ini dia begitu mesra dengan Syafika namun kali ini dia dapat merasai kelainannya. Tiba-tiba sahaja dia berasa kekok. Terus terang, dia begitu terkejut dengan berita itu. Siapakah jejaka bertuah yang telah berjaya menambat hati Syafika? Mengapa selama ini dia tidak pernah tahu hubungan mereka?
“Nak buat macam mana, mungkin jodoh Ika dah sampai,” ucap Syafika perlahan. Wajah Imran yang pernah dipuja dipandang sebentar.
“Lepas ni, tentu semuanya akan jadi lain kan, Ika? Tentu abang tak boleh jumpa Ika sesuka hati abang lagi macam sekarang ni. Yalah, Ika kan dah nak jadi isteri orang.” Nada suara Imran bertukar sayu. Renungan matanya menggambarkan hatinya yang lara.
“Abang jangan bimbang, Ika tetap macam dulu.”
“Ika memanglah... tapi suami Ika... takkan dia nak benarkan Ika jumpa abang.”
“Ika tak rasa dia macam tu. Tentu dia faham. Abang Im kan sepupu Ika sendiri? Takkan dia nak marah kot.”
Syafika yakin Hakim bukan begitu. Baginya Hakim seorang yang berfikiran terbuka dan begitu memahami. Kalau betul apa yang dikata Imran, sudah tentu Hakim marah bila tahu Syafika sedang bersama Imran. Tapi Hakim yang kebetulan menelefonnya tadi, hanya bersikap seperti biasa.
“Macam mana abang tau Ika nak kahwin? Nora beritahu ke?”
“Yalah... Nora yang beritahu abang. Tapi kenapa cepat sangat nak kahwin? Takkan tak sempat tunggu sampai Ika habis belajar?”
Imran benar-benar tidak berpuas hati dengan keputusan Syafika yang begitu terburu-buru. Syafika sepatutnya menghabiskan studinya dahulu. Bertahun-tahun dia memendam rasa terhadap Syafika pun adalah disebabkan alasan itu. Dia tahu prinsip Mak Uda Zaleha. Dia tidak mahu Mak Uda Zaleha hilang kepercayaan terhadapnya. Oleh itu, dia sabarkan hati.
Tetapi, penantiannya hanya sia-sia. Dia ibarat menunggu buah yang tidak gugur. Tanpa disedari, gadis yang sekian lama dipuja telah menjalin kasih dengan orang lain.
“Ika cintakan dia?”
Syafika mengangguk. “Ika terlalu cintakan dia. Ika tak boleh bayangkan hidup tanpa dia.” Bersahaja dia melafazkan kata-kata itu tanpa menyedari apa yang sedang bersarang di hati Imran.
Imran mengeluh. Tapi hanya di dalam hati. Mendengar pengakuan Syafika, dia begitu terluka.
“Boleh abang tahu, siapa lelaki bertuah yang berjaya merebut hati Ika?” Imran bertanya dalam nada riang. Cuba menceriakan suasana yang agak suram dari tadi. Selalunya mereka tidak pernah begini. Pertemuan mereka sering diiringi dengan gelak tawa dan gurau senda.
“Nama dia Luqman Hakim bang,” jawab Syafika malu-malu. Selama ini dia sengaja menyembunyikan daripada Imran. Baginya, masih terlalu awal untuk dihebahkan. Bimbang apa yang diimpikan bersama Hakim tidak kesampaian.
“Tentu dia istimewa, kan?” soal Imran lagi. Cemburu kian bermaharajalela di jiwanya. Dia cuba membayangkan wajah lelaki yang telah berjaya memiliki hati Syafika.
“Biasa aje...”
“Dia orang mana?”
“Orang KL. Keluarganya tinggal di Taman Tun.”
“Ika dah pernah jumpa keluarga dia?”
“Pernah. Ibu bapa dia pun terima Ika dengan baik.”
Syafika tersenyum apabila membayangkan Hajah Noraini dan Haji Baharin. Hajah Noraini yang baik dan lemah lembut. Begitu juga Haji Baharin. Dia yakin, Hakim banyak mewarisi sifat kedua-dua ibu bapanya. Seketika, dia terbayangkan emaknya. Alangkah jauh berbeza sikap Zaleha dan Hajah Noraini. Macam langit dengan bumi. Kalaulah emak seperti Hajah Noraini, alangkah bahagianya. Tentu tidak timbul masalah yang sedang dihadapi sekarang.
“Mana Ika jumpa dia?”
“Dulu dia senior Ika. Tapi sekarang dah kerja...”
“Kerja kat mana?”
“Dengan company ayah dia.”
“Handsome sangat ke?” Kali ini Imran ketawa.
“Bagi Ika, dia handsomelah... tapi tak taulah pulak pada pandangan mata orang lain. Mungkin tak sehandsome abang, kot!” Syafika juga ketawa.
“Handsome ke abang ni, Ika?”
“Alah... kura-kura dalam perahu pulak!”
“Tapi handsome pun buat apa, Ika bukan suka kat abang pun. Ika tetap cari orang lain juga.” Imran pura-pura ketawa lagi. Sebenarnya apa yang terlafaz di bibir lahir dari hatinya. Tapi sayang, Syafika langsung tidak mengerti. Sangkanya Imran sekadar bergurau.
“Ika takutlah nak jadi makwe abang. Abang tu... handsome sangat. Nanti ramai pulak peminat abang. Ika jugak yang makan hati.”
“Yalah tu...” Imran ketawa. “Ika, maafkan abang ya, banyak sangat bertanya. Entah-entah Ika tak suka...”
“Tak apa, Ika tak kisah. Tak salah, kan seorang abang mengambil berat tentang adiknya.”
Ya... kau hanya boleh dianggap adik, Ika. Rintih Imran di dalam hati.
PETANG Sabtu itu juga Imran balik ke Kuala Lumpur. Sepanjang dua tahun bekerja, baru kali ini sahaja dia menghabiskan cuti hujung minggunya dengan begitu singkat. Kebiasaannya, habis sahaja bekerja pada petang Jumaat, dia akan terus pulang ke Kuala Kubu Baru. Pagi-pagi Isnin, barulah dia bertolak ke Kuala Lumpur dan terus ke tempat kerjanya di Bangunan KLCC. Malah, dua hari itu pun dirasakan tidak mencukupi.
Namun, tidak kali ini. Dengan apa yang telah terjadi, dia tidak betah lagi tinggal di kampung. Dia begitu terluka apabila mengetahui Syafika bakal menjadi isteri orang.
Siapa Hakim itu? Istimewa sangat ke sampai Syafika sanggup menghampakannya. Apa lebihnya Hakim? Apa kurangnya dia? Tapi dia tidak boleh salahkan Syafika.
Syafika tidak pernah tahu isi hatinya. Dia sedar, sikap berahsianya selama ini telah memakan dirinya sendiri. Kalaulah dari dulu dia berani meluahkan isi hati, tentu kini Syafika miliknya.
Hujan lebat membasahi bumi sepanjang perjalanan kira-kira sejam dari Kuala Kubu Baru ke Kuala Lumpur. Suasana juga gelap dan mendung. Semendung hati Imran.
Pagi tadi dia pulang dengan hati yang girang. Lebih-lebih lagi apabila Syafika ada bersama. Itulah saat yang sering dinanti-nantikan. Meskipun Nora ada bersama tapi dia tidak kisah. Yang penting dia dapat menatap wajah ayu Syafika dan mendengar suara Syafika yang manja.
Namun, berita yang disampaikan Nora terasa menghancurlumatkan hatinya. Ternyata, hanya dia yang memendam rasa. Dia bertepuk sebelah tangan. Penantiannya selama ini sia-sia sahaja. Hati Syafika sudah dimiliki.
Ika... walaupun Ika telah mengecewakan abang, memusnahkan harapan abang tapi abang tidak akan memusuhi Ika. Abang akan tetap doakan Ika. Itu janji abang!
Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin... Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi. Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak. Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada?
“Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain.”
Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh. Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan karam sendiri!
“Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya.”
Lantas hati kecil Emelda bertanya, “Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?”
Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. “Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya!
Dimen dengan pendiriannya yang tipikal, warak serta tuntas terpaksa beralah pada kewujudan kali kedua Derra Mandy. Wanita kelahiran Isle of Wight ini telah mencuri hati Dimen 10 tahun dahulu tetapi kedua-duanya terpisah kerana Derra Mandy meninggal dunia.
Jadi, siapakah yang tinggal di Isle Castle dengan menggunakan nama Derra Mandy dan cuba mencuri rasa cinta Dimen? Bolehkah kedua-duanya bersatu sedangkan pada waktu itu Dimen telah memperisterikan Liza? Dalam masa yang sama Dimen juga diburu bekas kekasihnya bernama Rohanita dan juga seorang wanita yang telah bersuami dan beranak lima, Norlila.
Kisah ini akan membawa anda mengembara jauh hingga ke London dan Amerika Syarikat serta mengenali titik bengik penglibatan orang Melayu dalam industri permotoran. Ia dramatik, romantik dan tragis, berselang-seli antara cinta, bisnes dan pengembaraan. Cinta adalah simbol ledakan emosi manusia untuk dikasihi dan mengasihi.
**********************
Aku kureng minat gan penulis lelaki.. tapi cerita nie best jugak..
Dhira yang baru sahaja dilukai oleh seorang lelaki menyatakan bahawa dia tidak mahu bercinta lagi. Namun, hatinya kalah dengan kenyataannya itu apabila terpaut dengan Zairi ketika melancong ke Akhirnya, lafaz cinta keluar dari bibir Zairi dan ingin melamar Dhira menjadi suri dalam hidupnya. Namun, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam diri Dhira, apabila dia tidak pernah disentuh oleh suaminya sendiri selama di alam perkahwinan.
Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Zairi? Mengapa dia tidak mahu menyentuh Dhira sedangkan tanggungjawab lain ditunaikan? Adakah kerana Dhira yang menjadi puncanya? Akhirnya, Dhira dapat menemui jawapannya yang sering membelenggu dirinya. Antara kasihan dan kasih, perlukah Dhira mengharunginya bersama suami tercinta?
*************************
Koleksi adik aku.. entah aku tak ingat jalan ceritanya sebab aku baca tak habis.. tak menghayati langsung ceritanya...

Arwani jatuh hati pada Harris Hakimi, jejaka yang dikenalinya menerusi e-mel. Namun dia hanya membiarkan perasaan itu terpendam di lubuk hati kerana takut dikecewakan. Pada masa yang sama dia juga mula berasa sayang terhadap Johan Ariff, jejaka yang dikenalinya semasa mengikuti skim graduan menganggur. Namun hatinya tetap pada Harris Hakimi, cuma Arwani tidak berani meluahkan perasaannya pada Harris Hakimi seperti dia meluahkannya pada Johan Arif. Arwani keliru dengan perasaannya sendiri.
Namun perhubungannya dengan Johan Arif tidak berpanjangan kerana Najwa, sahabatnya yang gemar menjaja hubungan Johan Arif dengan ramai wanita. Tambahan pula Johan Arif sendiri cuba memperkenalkan Arwani kepada penyelianya iaitu Dr. Rezman. Perbuatan Johan Arif telah menimbulkan kemarahan Arwani. Lelaki itu seolah-olah cuba memperdagangkan kasih sayangnya. Haris Hakimi pula semakin menjauhkan diri darinya. Arwani bingung dalam mencari cinta. Kedua jejaka itu terlalu istimewa padanya.
Antara kedua lelaki itu, siapakah pemilik sebenar hatinya.

Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata!
Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.
Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanif Ashman satu mimpi. Hanif Azman pula satu realiti. Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya. Ah, sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang. Jadi, bagaimana?
Dia tekad, dilema ini harus dinoktahkan. Siapapun yang terpilih, dia akur akan melimpahkan kejujuran sepenuh hati. Tapi, siapakah antara mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat?
Nie pun best.. Happy ending.. penuh dengan tandatanya..

Sinopsis : Bijak pandai pernah berkata, cinta boleh bertukar menjadi benci tetapi persahabatan itu akan kekal buat selama-lamanya.Benarkah?
Sekian lama menyemai kasih, keakraban Iriana dan Mukhriz dimeterai dengan ikatan. Andai diibaratkan tinggi bintang di langit, tinggi lagi impian di hati. Sungguh, cinta mereka bukan sandiwara. Tiada apa yang bisa menjadi galang ganti.
Tetapi entah di mana silap, bahtera kasih mula dilanda badai. Satu demi satu rahsia terbongkar. Ribut melanda, taufan bergelora. Tembelang pecah, retak menanti belah. Konfik demi konflik mencabar keimanan. Tambah rumit, lantaran seorang pemarah, seorang perasa.
Saat itu, dunia Iriana bagaikan mahu runtuh, langit menjadi gelap dan bumi bagaikan mahu retak. Sekian lama bersabar, akhirnya dia nekad. Nekad untuk mengembalikan harga dirinya di atas nama sebuah kesetiaan. Mungkin salahnya juga selama ini, terlalu lurus bendul. Terlalu alpa, hinggakan kepercayaannya dikhianati dan akhirnya dia terluka sendiri.
Begitu pun, atas nama kasih... sengketa ini bukan penamat kisah. Sebaliknya, gelora cinta baru saja bermula. Dan di saat inilah terdetik di hati Iriana, pesanan orang tua wajar dipertimbangkan. Sebelum mengangguk sudi menerima lelaki, sematkan di hati bahawa percintaan itu ibarat percaturan, terlalu banyak rintangan yang tidak disangka akan terjadi!
******************************
Sedih novel nie.. kisah komplik rumahtangga.. bagi sesiapa yang pernah mengalaminya pasti menitis air mata kalu membacanya...

NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaannya. Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu. Ah... mengapa harus mengalah pada Norjinah? Dia juga merampas Razif dari orang lain.
“Saya cintakan Abang Razif seperti Norjinah cintakan abang!”
RAZIF... sukarnya melafazkan kata-kata. Jika boleh, rahsia ini biar menjadi rahsia. Kalau Norjinah tahu perkara ini, bagaimana? Sedangkan dia tidak pernah berubah hati pada wanita lain. Tapi... gadis itu terlalu berani meluahkan perasaannya. Mampukah dia menepis godaan yang datang?
“Tak mungkin Norseha. Abang hanya cintakan Norjinah!”
Kebahagiaan ini ibarat api yang membakar. Ia cukup menyeksakan. Cinta tak mengenal abang, kakak dan adik! Menang atau kalah bukan jawapannya. Cuma, jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis dari kenyataan.